seismik

“Biadap Guna Lagu Remix Azan” - Mnet Tampil Mohon Maaf Selepas Video Dapat Kecaman Ramai

Lagu tersebut dipasang dalam Rancangan Street Woman Fighter.

Cover image via @xuxindr (Twitter)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Baru-baru ini, tular sebuah stesen televisyen di Korea Selatan yang menggunakan laungan azan dalam sebuah program terbitannya

Perbuatan itu dilakukan oleh Mnet dalam rancangan yang berjudul Street Woman Fighter. Mereka menggunakan laungan azan yang telah diremix bersama lagu lain pada awal intro rancangan.

Street Woman Fighter merupakan program pertandingan menari yang menampilkan peserta wanita dan dihoskan oleh penyanyi terkenal. 

Video itu tular di seluruh media sosial dan mendapat perhatian daripada semua orang di serata dunia termasuk peminat muzik Kpop. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Perkara tersebut kemudian mendapat perhatian daripada peminat Muslim seluruh dunia yang mengatakan perkara itu sungguh biadab

Sementara itu, rata-rata meluahkan rasa kecewa dan kesal sehingga perkara tersebut trending di laman sosial Twitter. Malah, mereka juga bertindak menyerang dan mengecam Mnet di sosial media rasmi stesen berkenaan. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Twitter: 

Pihak Mnet meminta maaf dengan memuat naik gambar melalui media sosial di Instagram

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik