[VIDEO] "Susah Payah Orang Kerja" - Pemuda Ini Selamba Redah Jalan Baru Simen Naik Motor
Padan muka kena tengking!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Seperti mana yang kita tahu, jalan raya yang rosak atau berlopak perlu diperbaiki untuk keselamatan pengguna jalan raya
Jalan raya yang rosak berkemungkinan disebabkan kenderaan berat yang mengakibatkan jalan itu terhakis sehingga menjadi lopak.
Perkara ini sungguh membahayakan sehingga ada yang maut gara-gara lopak di jalan raya. Oleh sebab itu, kerja-kerja pembaikan jalan raya perlu dilakukan.
Namun tular sebuah video di TikTok apabila seorang pemuda tidak sabar dan selamba redah jalan yang baru disimen telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Ditengking sebab selamba redah jalan baru simen dengan motor
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang pemuda tersekat di tengah-tengah perjalanan di suatu kawasan.
Apa yang lebih menggeramkan adalah apabila dia tidak sabar dan selamba redah jalan yang baru disimen itu dengan menaiki motor. Tindakannya itu telah meninggalkan kesan tayar di atas jalan yang baru dibuat itu.
Apa yang membuatkan netizen merasa puas adalah apabila dia ditengking dengan orang di sekitar itu kerana kedegilannya. Tidak lama kemudian, dia dilihat dibantu oleh orang sekeliling untuk menarik motornya.
"Suruh dia lah yang kerja, geram pulak" - Netizen
Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut rasa marah terhadapnya.
Ketika artikel ini ditulis, video itu berjaya meraih 2M tontonan, 81K tanda suka dan 1K komen di TikTok.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: