[VIDEO] Isteri Bengang Handbag Jadi Sempit Gara-Gara Suami Tumpang Segala Barang
Segala mak nenek baranglah nak tumpang ya!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Perempuan kalau keluar rumah pasti bawa beg tangan untuk isi segala barangan bukan?
Beg tangan bukan saja boleh dijadikan aksesori, malah banyak kegunaannya apabila keluar rumah. Tak adalah tercicir barang-barang, senang sebab masukkan semua dalam satu beg saja.
Namun begitu, video yang tular baru-baru ini di TikTok apabila seorang wanita bengang sebab begnya sempit gara-gara suaminya tumpang letak barang telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Nak melenggang saja, itu yang tumpang segala mak nenek barang
Menerusi video berkenaan, kelihatan sepasang suami isteri sedang berada di dalam kereta untuk menuju ke suatu tempat.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila suaminya dilihat meletakkan segala barangnya seperti dompet, telefon dan macam-macam lagi ke dalam beg isterinya.
Lebih melucukan lagi, isterinya dilihat bengang dan tidak rela kerana begnya menjadi semakin sempit. Situasi itu mengakibatkan ramai boleh relate dengan mereka.
"Sebab tu kalau keluar pakai beg kecil, takdalah suami tumpang barang" - Netizen
Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat pasangan suami isteri itu. Malah, ramai yang boleh relate dengan mereka.
Ketika artikel ini ditulis, video itu berjaya meraih 795K tontonan, 26K tanda suka dan 400 komen di TikTok.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: