seismik

"Salah Order Adjustable" - Kereta Bergerak Kelakar Setelah Diubah Suai Ini Curi Tumpuan

Macam spring EX 5!

Cover image via @sufianrosli89 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Kereta sememangnya sangat memudahkan kita untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain

Namun begitu, tidak dinafikan kereta juga perlu diservis dan dibaiki apabila telah sampai tempoh masanya. Kadangkala, kereta yang lama akan rosak dan perlu dibaiki sparepartnya.

Sama dengan video yang tular baru-baru ini di TikTok apabila sebuah kereta dilihat bergerak dengan kelakar setelah diubah suai telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Kereta bergerak pelik setelah diubah suai adjustablenya

Menerusi video berkenaan, kelihatan sebuah kereta sedang cuba untuk berundur daripada sebuah tempat setelah dibaiki.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila kereta tersebut dilihat bergerak seolah-olah ingin melompat dan terhenjut-henjut bila dipandu ke depan.

Lebih melucukan lagi adalah apabila kereta tersebut dilihat tidak kukuh seperti hendak tercabut. Dipercayai, pemilik kereta salah pesan adjustable kereta sehingga menyebabkan kereta itu bergerak dengan kelakar.

"Bergoncang otak kalau naik kereta ni" - Netizen

Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat kereta itu bergerak. Malah, ramai yang ingin cuba naik kereta tersebut. 

Ketika artikel ini ditulis, video itu telah meraih 4.2M tontonan, 370K tanda suka dan 13K komen di TikTok. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: 

Aduhai lawak betul lah, siapa yang duduk belakang tu get ready jelah. :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: