[VIDEO] Gadis Ini Panik Gara-Gara Lidah Tersangkut 'Braces' Waktu Makan. Sakit!
Weh, seram tengok.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Tidak dinafikan, kini ramai yang telah memakai pendakap gigi untuk meratakan dan mencantikkan gigi
Namun begitu, orang yang memakai braces saja akan faham betapa rumit dan sakitnya apabila awal-awal memakai pendakap gigi. Penjagaan gigi dan pendakap gigi itu juga perlu dijaga untuk kebersihan dan kesihatan gigi.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang gadis panik gara-gara lidahnya tersangkut pada braces telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Lidah tersangkut braces semasa makan sampai sakit nak keluarkan
Menerusi video yang dimuat naik oleh @syiera.eyya di laman TikToknya, kelihatan dia sedang makan di dapur.
Apa yang lebih mengejutkan adalah apabila dia dilihat sangat panik kerana lidahnya tersangkut braces semasa dia sedang makan. Dia dilihat struggle untuk keluarkan lidahnya yang tersangkut itu.
Setelah beberapa minit, dia dilihat masih tidak dapat keluarkannya. Akhirnya, dia terpaksa menahan kesakitan untuk keluarkan lidahnya daripada besi itu.
"Pernah kena, punya gelabah tarik je lantak lah darah ke luka" - Netizen
Sementara itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut merasa sakit semasa melihat video itu. Malah, ramai yang berkongsi pengalaman yang sama.
Ketika artikel ini ditulis, video itu telah meraih 1.3M tontonan, 119K tanda suka dan 2K komen di TikTok.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: