seismik

[VIDEO] Seronok Main Skuter Sambil Bertelekung, Kelibat Putih Ini Buat Netizen Seram

Buka lah dulu telekung tu kak.

Cover image via @luqmanhaziq124 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Wanita dan pakaian solatnya iaitu telekung memang berpisah tiada

Tidak dinafikan telekung memang sangat selesa kainnya sehinggakan wanita sangat gemar untuk memakainya. Kadangkala, mereka juga memakainya untuk menutup aurat semasa ingin mengambil barangan di luar rumah. 

Baru-baru ini tular sebuah video di TikTok yang memaparkan kelibat putih terbang depan rumah telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Selamba main skuter sambil berpakaian telekung depan rumah

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang wanita sedang bermain skuter di halaman rumah dengan seronoknya. 

Apa yang lebih melucukan adalah apabila aksi itu dirakam oleh abangnya yang lain. Lebih mengejutkan lagi apabila dia memakai telekung sambil bermain skuter itu. Wanita itu dilihat seperti kelibat putih menakutkan yang sedang berterbangan. 

"Aku lari lepastu aku baca alif ba ta banyak kali" - Netizen

Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat wanita itu. Malah, ramai juga yang seram melihat video itu. 

Ketika artikel ini ditulis, vidoe itu berjaya meraih 1.6M tontonan, 211K tanda suka dan 5K komen di TikTok. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Haih.. ini kalau jumpa memang member auto terkencing! :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: