seismik

[VIDEO] Gelabah Teduh Tepi Jalan Sebab Hujan Lebat, Gadis Ini Tepuk Dahi Lupa Bawa Kereta

Aduhai!

Cover image via @ovi_akleema (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Tidak dinafikan, kita sebagai manusia kadangkala mempunyai sifat pelupa

Tidak kiralah dalam situasi apa pun, ada saja yang sering dilupakan. Perkara itu telah menjadi biasa dan normal dalam kehidupan seharian kerana terlalu banyak benda yang difikirkan. 

Sama seperti video yang tular di TikTok baru-baru ini apabila seorang gadis gelabah mencari tempat teduh sewaktu hujan lebat telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah:

Gelabah turun kereta untuk mencari tempat teduh waktu hujan

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang gadis sedang memandu di sebuah jalan raya yang tidak dikenal pasti.

Apa yang lebih menghiburkan adalah apabila dia dilihat dengan gelabah turun daripada kereta untuk mencari tempat teduh disebabkan hujan.

Setelah dia sampai ke sebuah pondok, dia ditegur oleh seorang gadis yang mengingatkannya dia boleh saja berteduh di dalam kereta. Dia lantas bertepuk dahi kerana malu akan sifat pelupanya itu.

"Pernah bawa basikal ke kedai, tapi balik tu jalan kaki" - Netizen

Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dengan gadis itu. Malah, ramai juga yang berkongsi pengalaman yang sama. 

Ketika artikel ini ditulis, video itu telah meraih 11M tontonan, 672K tanda suka dan 16K komen di TikTok. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Kesian member pelupa, mungkin dah biasa bawa motor agaknya! :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via googleapis.com

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: