seismik

[VIDEO] Terbangkan RM10K Ke Langit Untuk Followers, Netizen Kecam Pemuda Tak Respect Duit

Dia sebelum ini pernah terbangkan duit berbentuk cek.

Cover image via @isaisarb (Instagram)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Hadiah seperti jambangan belon berisi duit atau tarik duit telah menjadi perhatian ramai sejak kebelakangan ini

Memang tidak dinafikan, ia sangat cantik dilihat dan mampu memberi kejutan kepada orang yang tersayang. Namun begitu, banyak juga peristiwa yang tidak diingini berlaku seperti duit terbang ke atas langit. 

Baru-baru ini, tular sebuah video di Instagram oleh Youtuber terkenal mengenai hadiah untuk pengikutnya yang berbentuk wang ringgit diterbangkan mencuri tumpuan ramai. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Terbangkan RM10K ke atas langit sempena pelancaran produk barunya

Menerusi video berkenaan, Youtuber yang dikenali Isa Isarb itu dilihat sedang membuat pelancaran produknya di sebuah kawasan perumahan. 

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila dia membuat kejutan untuk pengikutnya iaitu dengan menerbangkan duit sebanyak RM10,000 ke atas langit. Dia juga memberitahu orang ramai untuk ambil jika terjumpa duit itu di sekitar Klang. 

Dia juga membuat kenyataan bahawa dulu pernah menerbangkan duit berbentuk cek tetapi tiada orang yang menjumpainya. Oleh sebab itu, dia membuat sedikit kelainan kali ini. 

"Baik sedekah kepada orang yang memerlukan" - Netizen

Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen merasa gembira dan teruja untuk menantikan duit jatuh dari langit. Pun begitu, ada yang kecewa dengan perbuatan tidak bermanfaat itu. 

Ketika artikel ini ditulis, video itu telah meraih 257K tontonan, 63K tanda suka dan 519 komen di Instagram. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Instagram:

Harap-harap duit yang diterbangkan itu sampai ke tangan orang yang memang memerlukan :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: