seismik

Tular Video Kejadian Air Pasang Di Air Terjun Filipina Meragut Nyawa Pengunjung. Seram!

Pada awalnya, aliran air tidak begitu deras.

Cover image via @iamnameless1989 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Mandi di sungai atau air terjun sudah tentu akan memberikan kesegaran yang luar biasa kerana air yang sejuk

Disebabkan itu, ramai dilihat kini gemar untuk melakukan aktiviti luar seperti hiking lalu mandi di air terjun. Namun begitu, sebenarnya kita juga perlu sentiasa peka dengan arus air ketika mandi di air terjun. 

Baru-baru ini, tular sebuah video berkenaan tragedi berlaku di air terjun filipina yang telah meragut 2 nyawa dan menyebabkan seorang hanyut dan hilang telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

@iamnameless1989

Actual footage of the unexpected gush of water in Tinubdan Falls, Catmon Cebu yesterday. #Tinubnan Falls Accident

original sound - iamnameless - iamnameless

Kejadian itu berlaku di Tinubdan Falls, Catmon Cebu pada 26 September

Menerusi video berkenaan, kelihatan beberapa buah keluarga sedang bermandi-manda di kepala air sungai dengan seronoknya.

Apa yang lebih mengejutkan adalah apabila aliran air dilihat begitu deras dengan sekelip mata. Ada sesetengah orang yang sempat menyelamatkan diri mereka. Namun begitu, malangnya ada juga yang telah dihanyut air sungai.

Kelihatan juga seorang lelaki yang berbaju putih tidak sempat untuk pergi ke kawasan yang lebih selamat sehinggakan dia perlu menahan diri daripada dihanyut oleh air sungai yang deras di atas batu.

Menerusi laporan sumber, pada awalnya hanya hujan renyai-renyai di kawasan tersebut. Malangnya, tiada siapa akan menyangka air akan menjadi coklat seperti bencana banjir. Selepas dua minit kemudian, hujan mulai turun di kawasan itu.

Tragedi berkenaan telah mengakibatkan dua orang pemuda yang berumur 17 tahun dan 7 tahun terkorban. Seorang lagi yang dipercayai ibu mereka telah hilang dihanyut.

Lihat video sambungan penuh itu di bawah:

Berikutan dengan kejadian itu, ramai yang mengambil iktibar untuk lebih berjaga-jaga apabila mahu mandi di air terjun

Sementara itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut merasa seram dan terkejut. 

Ketika artikel ini ditulis, video itu telah meraih 3.7M tontonan, 197K tanda suka dan 6K komen di TikTok. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: 

Semoga perkongsian ini dapat dijadikan iktibar. Jangan lupa sentiasa peka dengan air dan membuat langkah berjaga-jaga!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: