seismik

[GEMPAR] Kes Kontroversial Status Facebook Esther Yeam: Siapakah Yang Memfitnah Beliau?

Kebelakangan ini semakin banyak kes penghinaan terhadap agama Islam direkodkan di laman sosial.

Cover image via imgur.com

Baru-Baru Ini, Beberapa Buah Laman Web Telah Mendedahkan Status 'Nasihat' Dari Laman Facebook Esther Yeam Yang Menyentuh Sensitiviti Agama Islam Dan Bulan Ramadhan Yang Dikatakan Telah Dimuat Naik Oleh Esther Sendiri

Status 'nasihat' Esther Yeam yang mendapat cemuhan daripada orang ramai.

Image via malaysiagazette.com

"My advice to people yang akan berpuasa tidak lama nanti. Your really need to take this advice into consideration. Saya cadangkan kamu semua makan chewing gum semasa berpuasa kerana kalau tidak buat macam itu, nafas kamu sangat berbau dan sangat menganggu orang sekitar."

wowberita.org

"Sangat mengarut mengikut ajaran agama sehingga menyusahkan orang sekitar. Nonsense."

wowberita.org

Di Malaysia, Jika Seseorang Didapati Menghina Agama Atau Kaum Lain, Pastinya Akan Membawa Padah. Berikut Adalah Komen-Komen Pedas Netizen Di Laman Facebook Mengenai Isu Ini:

Image via imgur.com
Image via imgur.com
Image via imgur.com
Image via imgur.com
Image via imgur.com
Image via imgur.com
Image via imgur.com

Status Tersebut Turut Mendapat Cemuhan Daripada Pengurus Belia Taman Kota Cheras, Razali Amran. Beliau Menganggap Perbuatan Itu Sebagai Sesuatu Yang Tidak Boleh Dimaafkan.

"Dia ingat dia siapa? Orang Islam pun tak caci hina agama dia, kenapa mesti sentuh agama Islam? Perbuatan wanita ini sangat melampau dan tidak boleh dimaafkan selagi dia tidak tampil memohon maaf secara terbuka."

malaysiagazette.com

"Saya tak nak sentuh apa dia cakap tetapi sebagai rakyat Malaysia, dia sepatutnya tahu menghormati agama orang lain kerana kita hidup dalam sebuah negara berbilang kaum. Tak kira agama apa sekalipun, kita tidak ada hak untuk mencaci dan menghina agama orang lain."

rakyatnews.my

"Siapa yang melakukannya, perlulah berhadapan tindakan mahkamah mengikut agama yang mereka kaitkan. Orang-orang begini mesti dipanggil kerana perbuatan yang dilakukan boleh mencetuskan suasana tidak sihat di negara kita," jelasnya.

malaysiagazette.com

Namun Begitu, Menerusi Status Terbaru Esther Yeam, Dia Mendakwa Dirinya Tidak Ada Kena Mengena Dengan Status Tersebut Dan Telah Membuat Laporan Polis Untuk Siasatan Lanjut

Image via imgur.com

Esther Yeam Turut Memuat Naik Gambar Bukti Laporan Polis Yang Dibuatnya Pada 17 Jun 2014 Di Laman Facebook

Image via imgur.com

Dalam Pada Itu, Disebalik Kritikan Dan Cemuhan Yang Diterima, Ada Juga Pihak Yang Bertindak Untuk Tidak Membuat Tuduhan Melulu Dan Tak Berasas Ke Atas Esther Yeam

Image via imgur.com
Image via imgur.com
Image via imgur.com
Image via imgur.com
Image via imgur.com

Diharap Dengan Status Penafian Tersebut, Segala Spekulasi Dapat Dihentikan. Semoga Insiden Ini Dapat Dijadikan Iktibar Oleh Orang Ramai Di Masa Akan Datang.

Baru-Baru Ini Juga, Chow Jack Turut Menggunakan Laman Facebook Untuk Menghina Agama Islam, Nabi Muhammad, Melayu, Najib Dan Raja-Raja. BACA SINI:

You may be interested in: