[GEMPAR] Suami Gantung Diri Selepas Kerat Kaki Dan Tangan Isteri Sehingga Putus
Dipercayai mempunyai 'skandal' di tempat kerja, seorang isteri dikerat kaki dan tangan oleh suaminya sendiri.
Kerana Cemburu, Seorang Suami Bertindak Mengerat Kedua-Dua Kaki Dan Tangan Isterinya Selepas Satu Pertengkaran Di Rumah Mereka Di Taman Suria, Kluang Pada Khamis, 11 Disember 2014
Seorang lelaki yang kecewa apabila mengetahui isterinya mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain bertindak di luar dugaan apabila memotong pergelangan kaki dan tangan isterinya di Taman Suria, Kluang.
Dalam kejadian kira-kira 11 pagi itu, mangsa dikatakan bertengkar dengan suaminya sebelum lelaki terbabit hilang pertimbangan dan menyerang isterinya serta bertindak kejam memotong kedua belah kaki dan tangan wanita malang itu.
Lebih Mengerikan, Lelaki itu Kemudian Meminum Racun Dan Menggantung Dirinya Di Balkoni Sehingga Mati
Ketua Polis Daerah Kluang, ACP Mohd Roze Shaari berkata, kedua-dua pergelangan tangan dan kaki K. Menaga, 44, hampir putus akibat ditetak suaminya N. Marimuthu, 47, di tempat letak kereta rumah mereka.
Katanya, Marimuthu kemudiannya ditemui mati tergantung di balkoni tingkat atas rumah dipercayai meminum racun sebelum membunuh diri.
"Hasil siasatan awal, kita percaya motif kejadian adalah berpunca daripada perasaan cemburu suami yang mengesyaki mangsa yang bekerja di Singapura mempunyai 'skandal'," katanya ketika dihubungi.
Pergaduhan Berlaku Selepas Mangsa Baru Pulang Dari Tempat Kerjanya Di Singapura. Difahamkan, Suami Mangsa Tiba-Tiba Menetak Lengan Kiri Mangsa Sambil Menyuruhnya Agar Berhenti Bekerja Di Singapura.
Mohd Roze berkata sebelum kejadian, mangsa yang bekerja sebagai pencuci pinggan mangkuk di sebuah hotel di Singapura, baru sampai di rumah dari tempat kerjanya pada pukul 10.30 pagi telah bergaduh dengan suaminya di ruang tamu dan didengari anak lelaki mereka yang berusia 10 tahun dan ibu Marimuthu yang berada di dapur ketika itu.
"Mangsa kemudian telah mengajak mereka untuk keluar membeli barang keperluan sekolah namun semasa mereka bergerak keluar, si suami secara tiba-tiba datang dari belakang dan menetak lengan kirinya sambil menyuruhnya agar jangan bekerja di Singapura lagi."
"Wanita itu yang ketakutan melarikan diri, namun terjatuh di tempat letak kereta rumah, di mana suaminya menetak kedua-dua pergelangan tangan dan kakinya," jelas Roze.
Sehingga Kini, Keluarga Wanita Malang Itu Buntu Memikirkan Nasib Wanita Itu Selepas Doktor Memberitahu Kemungkinan Kedua-Dua Kaki Dan Tangan Itu Tidak Boleh Disambung Lagi
Abang kepada mangsa, K. Ravichantaran, 47, berkata, lebih meresahkan mereka apabila doktor yang merawat adiknya memberitahu kemungkinan kedua-dua kaki dan tangan itu tidak dapat disambung semula.
“Kami sekeluarga buntu dan tidak tahu hendak lakukan apa-apa kerana memikirkan nasib yang menimpa adik setelah kedua-dua pergelangan kaki dan tangannya putus. Namun, doktor memberi kami semangat agar terus bersabar untuk menunggu keadaan dia stabil dan menggunakan kaedah rawatan lain.”
“Kami mahu keadaan kembali reda terlebih dahulu sebelum memikirkan masa depan mereka. Ketika ini banyak urusan perlu dilakukan dan anak sulung mangsa juga sedang menunggu tawaran untuk melanjutkan pengajian ke universiti,” katanya.
Mangsa Yang Parah Dihantar Ke Hospital Enche Besar Hajjah Kalsom Untuk Rawatan Kecemasan Sementara Mayat Suaminya Dihantar Ke Unit Forensik Untuk Bedah
Mohd Roze berkata, pihaknya menemui sebilah pisau pemotong daging, sebilah parang panjang dan satu tong racun berwarna putih di tempat kejadian.
Sementara itu, beliau meminta orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi tentang kejadian tersebut.