[GEMPAR] Cerita Disebalik Kes Campak Al-Quran Ke Dalam Jamban Di Sebuah Masjid
Boleh bayangkan bagaimana kitab suci Al-Quran dicampak ke dalam jamban begitu sahaja?
Pada Pagi 4 Mac, Penduduk Kampung Limbongan, Besut, Terengganu Digemparkan Dengan Satu Insiden Pencerobohan Masjid
Penduduk telah telah digemparkan dengan insiden kerosakan yang berlaku di Masjid Limbongan, Kota Putera yang dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab.
terengganutoday.comKejadian disedari penduduk ketika persiapan hendak menunaikan solat Subuh dan dipercayai berlaku sekitar jam 1 pagi tadi. Terdapat juga beberapa kesan tompokan darah di dalam kawasan masjid. Darah dipercayai dari kaki si pelaku yang dikatakan menendang pintu masjid untuk dipecahkan.
terengganutoday.comSebilangan Naskhah Al-Quran Didapati Berselerak Dan Terkoyak...
Selain Itu, Orang Ramai Turut Menemui Beberapa Kesan Tompokan Darah
Beberapa tompokan darah turut ditemui pada pintu masjid, dipercayai akibat kecederaan kaki suspek selepas bertindak menendang pintu sebelum menceroboh.
utusan.com.myYang Dipertua PAS Kawasan Besut, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad Telah Membuat Laporan Polis Mengenai Insiden Berkenaan
Tengahari tadi (4 Mac) pihak Pas Kawasan Besut dengan kerjasama Dewan Pemuda Pas Kawasan Besut bertindak pantas dengan membuat laporan Polis.Tahniah Pas Kawasan Besut.
blogspot.comPihak Polis menjalankan siasatan secara menyeluruh dalam kes yang amat sensitif dan merbahaya seperti ini. Kawalan keselamatan hendaklah diperingkatkan samada di masjid atau rumah-rumah ibadat Non Muslim sehingga ke suatu tahap di mana status keselamatan itu diperakui oleh pihak polis.
blogspot.comBerita Baik! Suspek, Seorang Lelaki Berjaya Ditahan Pihak Polis. Tetapi...
Ketua Polis Terengganu, Datuk Jamshah Mustapa berkata, seorang suspek berusia 27 tahun ditahan di Besut kira-kira pukul 5 petang Selasa (4 Mac) berdasarkan imej yang diambil dari kamera keselamatan dan maklumat orang ramai.
mstar.com.myLelaki Tersebut Dipercayai Mempunyai Masalah Mental
Polis berjaya menahan seorang lelaki yang dipercayai pesakit mental bagi menyelesaikan kes al-Quran dicampak di dalam masjid dan lubang tandas di dua masjid berasingan di Besut.
mstar.com.myMaklumat Terkini, Seorang Lelaki Yang Mengaku Sebagai Sepupu Suspek Telah Memuat Naik Satu Status Di Facebook
Sepupu mangsa, Mohd Nazri Mansor memuat naik satu status di fb.
mazeermohamad.com