[GEMPAR] Tiga Kes Jatuh Bangunan Dilapor Dalam Masa Dua Hari
Kenapa kes seperti ini semakin menjadi-jadi sekarang?
Bulan Oktober Baru Sahaja Masuk Hari Ketiga Tetapi Telah Menyaksikan Tiga Kes Jatuh Bangunan Di Tiga Lokasi Berasingan; Satu Di Perlis, Satu Di Putrajaya Manakala Satu Lagi Di Keningau, Sabah
Kes Pertama Berlaku Di Perlis Pada 1 Oktober 2014. Seorang Pelajar Tingkatan Tiga Ditemui Maut Selepas Terjatuh Dari Siling Dewan Sekolah Setinggi Kira-Kira 13 Meter Ketika Waktu Persekolahan.
Kes Kedua Berlaku Di Putrajaya Juga Pada 1 Oktober 2014. Seorang Kanak-Kanak Berusia Enam Tahun Maut Selepas Terjatuh Dari Tingkat 13 Sebuah Pangsapuri Di Presint 5, Putrajaya.
Seorang kanak-kanak lelaki meninggal dunia selepas terjatuh dari tingkat 13 sebuah apartmen di Presint 5, Putrajaya pada malam 1 Oktober 2014.
bharian.com.myMangsa dikenali sebagai Megat Arif Hussein Megat Irwan ditemui tidak sedarkan diri selepas jatuh dari tingkat 13 kuarters berkenaan kira-kira jam 11.30 malam.
hmetro.com.myKetika Kejadian, Mangsa Yang Sedang Tidur Didukung Oleh Ayahnya Untuk Dibawa Naik Ke Rumah Manakala Ibunya, Seorang OKU Menunggu Di Bawah. Dia Kemudian Ditinggalkan Berseorangan Di Dalam Rumah.
Sebelum kejadian, mangsa dikatakan berada bersama ayah serta ibunya dan mereka baru sahaja pulang dari makan malam di kawasan berhampiran.
astroawani.comMangsa didukung oleh ayahnya untuk di bawa naik ke rumah kerana beliau sedang tidur manakala ibunya yang menggunakan kerusi roda menunggu di bawah.
mstar.com.mySementara Bapanya Pergi Mengambil Ibunya Di Bahagian Bawah Pangsapuri, Mangsa Dipercayai Terjaga Dari Tidur, Kemudian Pergi Ke Balkoni Sebelum Terjatuh Dari Tingkat 13
Dalam insiden itu, mangsa dipercayai terjatuh ketika bapanya berada di bahagian bawah pangsapuri untuk mengambil dan menguruskan ibunya, seorang Orang Kelainan Upaya untuk naik ke rumah mereka.
astroawani.comMangsa dikatakan terjaga ketika itu dan ke balkoni berkenaan sebelum terjatuh.
hmetro.com.mySelepas menghantar dan mengunci rumah, ayah mangsa turun semula ke bawah untuk mengambil ibunya yang lumpuh sebelum dimaklumkan jiran yang menemui mangsa di kawasan bawah perumahan terbabit.
mstar.com.myMangsa Kemudian Terus Dikejarkan Ke Hospital Putrajaya. Walau Bagaimanapun, Mangsa Disahkan Meninggal Dunia Tiga Jam Selepas Kejadian Kerana Mengalami Kecederaan Dalaman.
Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia kira-kira jam 2.30 pagi tadi ketika menerima rawatan kecemasan di Hospital Putrajaya sebelum menjalani proses bedah siasat di hospital sama pagi ini.
hmetro.com.myHasil bedah siasat yang dilakukan hari ini mendapati mangsa mengalami kecederaan dalaman kerana terjatuh dari tempat tinggi.
astroawani.comKes Ketiga Pula Berlaku Di Keningau, Sabah Pada 2 Oktober 2014. Kali Ini, Seorang Murid Tahun Enam Sekolah Kebangsaan Ansip Koma Selepas Terjatuh Dari Tingkat Tiga Sekolah Berkenaan.
Seorang murid lelaki tahun enam parah dan kini dirawat di Wad Kecemasan Hospital Keningau, dalam keadaan tidak sedarkan diri selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tiga di Sekolah Kebangsaan (SK) Ansip pada pagi 2 Oktober 2014.
malaysiandigest.comDalam kejadian jam 9.55 pagi itu, mangsa Dylause Dionel, parah dikepala dipercayai terjatuh dari koridor bangunan tingkat tiga berkenaan.
maklumat.myBapa Mangsa Yang Tidak Berpuas Hati Kemudian Membuat Laporan Polis Setelah Dimaklumkan Oleh Pihak Sekolah. Polis Kini Masih Menjalankan Siasatan.
Bapa mangsa yang mengetahui kejadian itu kemudian membuat laporan polis kerana tidak puas hati selepas tidak dimaklumkan oleh pihak sekolah berhubung perkara itu.
maklumat.myPemangku Ketua Polis Daerah Keningau, Asisten Superintendan Merbin Ak Lisa ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan pihak polis masih menjalankan siasatan.
hmetro.com.my