seismik

GrabFood Anjur 5-Stars Awards 2024, Perkenal Kategori Baharu Trending Dine-Out Restaurant

Anugerah kali ini menampilkan sembilan kategori dengan 148 restoran terbaik sebagai finalis dan menerima hampir 20,000 undian dari seluruh negara.

Cover image via GrabFood

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Platform penghantaran makanan terkemuka, GrabFood baru-baru ini mengadakan GrabFood 5-Stars Awards 2024 di Hotel M World, Petaling Jaya, Selangor

Acara tahunan ini bertujuan mengiktiraf kejayaan restoran-restoran rakan niaganya yang berjaya memikat selera jutaan rakyat Malaysia.

Anugerah kali ini menampilkan sembilan kategori dengan 148 restoran terbaik sebagai finalis dan menerima hampir 20,000 undian dari seluruh negara.

Selain itu, edisi tahun ini turut memperkenalkan kategori baru iaitu "Trending Dine-Out Restaurant" yang mencerminkan kepelbagaian dan keunikan masakan tempatan.

Pemenang “Budget Friendly Favourites” L-R: Aisy John (Selangor), Auntie Susie’s Nasi Lemak (Negeri Sembilan), Burger Lembah Keramat (KL), Restoran Hockgee (Melaka), Pecel Lele Lakulanjaya (Selangor), Nasi Lemak Basmathi (KL), Zeon Food Station (Ipoh).

Image via GrabFood

Antara pemenang utama yang diumumkan termasuk Grill Fish yang memenangi kategori "Best of the Best" dan Nasi Ayam Gepuk Original Korn Kitchen yang dipilih sebagai pemenang dalam kategori "Rising Stars"

Kedua-dua restoran ini diiktiraf atas usaha mengekalkan mutu perkhidmatan dan mengutamakan kepuasan pelanggan.

Pengarah Komersial dan Penghantaran Grab Malaysia, Jiong Jian Tan berkata anugerah ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Grab untuk menyokong kejayaan rakan niaga mereka, baik secara dalam talian mahupun di premis fizikal.

"GrabFood 5-Star Awards adalah pengiktirafan kami terhadap pencapaian cemerlang rakan niaga di samping mengukuhkan komitmen kami dalam membantu mereka berkembang maju melalui inovasi teknologi, pandangan industri yang bernilai dan perwujudan permintaan," katanya.

Katanya, pada tahun 2024, rakan niaga GrabFood secara kolektif mencatatkan pendapatan melebihi RM3 bilion dengan pertumbuhan pendapatan sebanyak 20 peratus bagi Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) berbanding tahun sebelumnya.

Ini membuktikan keberkesanan platform digital dalam memacu pertumbuhan lestari perniagaan tempatan.

Rakan niaga Zeon Food Station (kiri) dan Nasi Ayam Kee Chup bersama keluarga masing-masing di GrabFood 5-Stars Awards 2024.

Image via GrabFood

Sementara itu, pemenang "Crowd's Favourite Healthy Asian Food", adik-beradik dan pengasas Nengbakso, Noerisda dan Bazirah menyifatkan kemenangan ini sebagai pencapaian besar.

Mereka turut mengucapkan terima kasih atas sokongan pemasaran diberikan oleh Grab yang membantu menarik lebih ramai pelanggan dan mengukuhkan jenama mereka.

GrabFood 5-Stars Awards 2024 turut menyaksikan pemeteraian Memorandum Kerjasama (MoC) antara Grab Malaysia dan Tourism Malaysia.

Kerjasama ini bertujuan memajukan sektor pelancongan makanan di Malaysia serta membuka peluang baru kepada pengusaha makanan tempatan.

GrabFood 5-Stars Awards 2024 turut menyaksikan pemeteraian Memorandum Kerjasama (MoC) antara Grab Malaysia dan Tourism Malaysia.

Image via GrabFood

Sementara itu, Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Manoharan Periasamy berbangga dengan jalinan kerjasama ini yang dapat membantu memartabatkan Malaysia sebagai hub makanan serantau.

"Inisiatif seperti GrabFood 5-Star Awards bukan sahaja mempamerkan kepelbagaian sajian kita, malah turut memperkasa para usahawan tempatan untuk melonjak lebih jauh.

"Kami berharap dapat memanfaatkan platform Grab dan jaringannya yang luas untuk memudahkan pelancong dan pengembara menemui lokasi-lokasi makanan di seluruh Malaysia sekali gus memperkaya pengalaman dan penghayatan mereka terhadap warisan makanan kita yang tidak ternilai," katanya.

Menurutnya, inisiatif ini diharap dapat membuka lebih banyak platform kepada syarikat korporat lain untuk bekerjasama dengan Tourism Malaysia sebagai rakan strategik dalam perjalanan menuju Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026).

Platform Grab kini menjadi pilihan utama bagi satu daripada setiap 20 pengguna di Asia Tenggara, dengan 65 peratus pelancong asing di Malaysia menggunakan aplikasi Grab untuk memudahkan perjalanan mereka.

Untuk maklumat lanjut mengenai GrabFood 5-Star Awards, layari GrabFood 5-Star Awards 2024!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik