seismik

Hanya Kerana Menyebut 'Allah', Pasangan Suami Isteri Ini Dihalau Keluar Pesawat

Kejadian berlaku di Paris, Perancis.

Cover image via www.cincinnati.com

Nazia Ali dan suaminya, Faisal, yang ingin pulang ke kampung halaman mereka di Ohio, USA dari Paris terpaksa berdepan dengan insiden diskriminasi agama sebelum berlepas

Faisal (kanan) dan Nazia Ali.

Image via www.cincinnati.com

Mereka berdua yang baru saja menyambut ulang tahun perkahwinan ke-10 di London dan Paris telah diarah untuk keluar daripada pesawat sewaktu ingin pulang ke Ohio hanya kerana menyebut perkataan 'Allah'.

Tanpa pengetahuan mereka, seorang anak kapal wanita penerbangan Delta Air Lines tersebut telah memaklumkan kepada juruterbang bahawa dia berasa kurang senang dengan Nazia dan suaminya berada di dalam pesawat.

Sebabnya: Nazia menggunakan telefon dan memakai tudung, manakala suaminya pula berpeluh.

Wanita itu juga mendakwa dia terdengar pasangan suami isteri tersebut menyebut perkataan "Allah"

Image via thesource.com

Kemudian, juruterbang terus membuat keputusan untuk tidak berlepas selagi pasangan berkenaan tidak dikeluarkan daripada pesawat.

Nazia Ali berkata: “Kami sudah duduk di dalam pesawat selama 45 minit. Tiba-tiba datang seorang anak kapal lalu bertanya ‘Boleh anda keluar bersama saya? Kami mahu bertanya beberapa soalan’. Maka saya bertanya kepada beliau sama ada kami perlu membawa barangan kami dan beliau menjawab, ‘Ya, sila bawa semua barangan anda. Anda tidak dibenarkan menaiki pesawat ini'."

Nazia Ali dan Faisal, kedua-duanya berhijrah ke Amerika Syarikat dengan keluarga masing-masing dari Pakistan, telah sah menjadi warga AS sejak 16 tahun yang lalu

"Ini satu penghinaan! Kami dilayan seperti penjenayah. Kami juga rakyat Amerika dan tidak sepatutnya dilayan sebegini," ujar Nazia Ali.

Setelah mereka berdua dihalau, mereka mendakwa melihat seorang wanita Islam lain yang turut disoal siasat dengan sungguh biadab oleh seorang pegawai keselamatan Perancis.

Wakil Majlis Perhubungan Islam-Amerika Cincinnati, Sana Hassan menggesa pemerintah Amerika supaya mengambil tindakan

Sana Hassan (dua dari kanan) dalam satu sidang media di Ohio dua minggu lalu.

Image via www.cincinnati.com

Beliau juga mengumumkan rancangan untuk membuat aduan terhadap syarikat penerbangan itu kepada Jabatan Pengangkutan Amerika Syarikat.

"Kami menyeru Jabatan Pengangkutan Amerika Syarikat untuk menjalankan pemeriksaan secara menyeluruh terhadap prosedur standard pesawat utama America, termasuk Delta Air Lines, dan untuk membangunkan garis panduan mengenai faktor-faktor objektif yang perlu dipertimbangkan apabila menentukan sama ada penumpang boleh dikeluarkan daripada pesawat mengikut undang-undang, "kata Sana Hassan.

Insiden itu berlaku selang beberapa hari selepas seorang wanita Muslim yang juga dalam perjalanan pulang setelah berbulan madu di Turki, diarah keluar daripada laluan mengecop passport

Kejadian berlaku di Lapangan Terbang Doncaster Sheffield di South Yorkshire, England.

Sebabnya: Wanita tersebut membaca buku tentang Syria.

Sumber: www.cincinnati.com

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca juga:

You may be interested in: