seismik

Petai Berharga RM400? Ini Sebabnya Kenapa Anda Perlu Semak Dulu Harga Sebelum Bayar

Seriuslah, mahalnya!

Cover image via Annys Mohd/Facebook

Rutin membeli barang rumah pada hari minggu menjadi sebuah tragedi pahit buat wanita ini apabila terpaksa membayar harga dua kali ganda daripada yang sepatutnya

Seorang pengguna Facebook Anyss Mohd menerusi satu status menceritakan detik di mana beliau dikenakan cas sehingga RM800 untuk beli barang dapur pada Ahad lalu di sebuah pasaraya tempatan.

Menurutnya, barang-barang dapur yang dibelinya itu tidak penuh satu troli pun. Tapi kenapa kena bayar sampai RM800?

Sejak dua hari lepas lagi, status dan gambar resit yang dikongsikan Anyss telah viral di laman sosial. Lebih mengejutkan, resit itu menunjukkan harga RM400 untuk sepapan petai!

Menurutnya lagi, dia tidak ada beli apa-apa jenis petai pun. Barang yang dibeli pun semuanya barang-barang lazim yang bersifat kecil dan murah.

Sehingga kini, status Anyss telah dikongsi sebanyak lebih 33,000 kali dalam masa 48 jam.

Baca perkongsian Anyss di bawah:

"Macam tak percaya bila tengok harga dekat skrin, apa je yang dibeli sampai mencecah RM800. Terkejut saya tengok harga mahal sampai macam tu. Bila ditanya pada adik cashier tu, boleh pula dia menjawab. Katanya, 'Bukan salah saya kak, mesin yang kira'. Dalam hati memang dah membuak rasa marah tapi sabar jelah.

"Saya bagi je kad debit untuk swap walaupun tengah marah. Lepas tu, budak cashier tu rasa serba salah dan terus beritahu 'Akak kalau rasa ada salah, boleh pergi ke Customer Service Counter (CSC). Nanti diorang akan check balik.'

"Lepas dah bayar, saya tengok resit dan terus nampak 'PETAI PAPAN RM400.36'. Padahal saya tak beli apa-apa jenis petai pun. Nampak sangat bar code salah dan main tampal je.

"Saya pergi CSC, diorang check memang salah! Lepas tu diorang kata akan refund tapi ambil masa 1-2 minggu sebab saya bayar guna debit card,"
tulisnya.

Anyss menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati ketika membeli belah dan sentiasa periksa harga barang yang diambil terlebih dahulu sebelum membayar

"Bayangkan kalau duit tu nak guna untuk belanja puasa atau apa-apa emergency tapi kena telan macam tu je. Orang yang berduit takpelah lah. Kalau orang yang betul-betul bajet, betul-betul perlukan duit tu untuk buat belanja. Macam mana?

"Hati-hati semua ketika membeli belah, lebih-lebih lagi waktu promosi macam sekarang. Harga kat rak lain, bila scan kat kaunter nak bayar harga jadi lain. Check dulu harga barang sebelum bayar. RM400 tu banyak, bukan RM4!"
tulisnya lagi.

Jadi, sentiasalah buat price check sebelum membayar!

Image via GIPHY

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Tak tahu nak komen apa, ini pula kisah jenama tudung yang baru-baru ini viral sebab menipu pelanggan:

You may be interested in: