seismik

7 Aktiviti Menarik Yang Anda Tak Boleh Lepaskan Pada Hari UNESCO 2015 Minggu Ini

Sempena menyambut ulangtahun UNESCO yang ke-70, ayuh ramai-ramai meriahkan Hari UNESCO Malaysia 2015.

Cover image via Facebook Hari UNESCO Malaysia 2015

Dalam usaha untuk mempamerkan UNESCO di Malaysia, dan Malaysia dalam UNESCO, Hari UNESCO Malaysia dirayakan setiap tahun. Dan untuk kali kelima tahun ini, tema yang dipilih adalah TOGETHERNESS.

Untuk sambutan kelima Hari UNESCO Malaysia, tema untuk tahun 2015 akan menyentuh prinsip-prinsip kebersamaan yang merangkumi aspek manusia bersosial, berkomunikasi, berinteraksi, bertindak balas serta bertimbang rasa dan memahami satu sama lain.

Ini adalah satu penghormatan kepada pelbagai identiti, yang dikenal pasti secara kolektif sebagai satu.

Acara ini juga disambut sempena ulangtahun ke-70 UNESCO atau nama panjangnya United Nations Educational, Scientific, And Cultural Organisation

Image via poleonu.fr

Pelbagai aktiviti menarik disediakan sepanjang 3 hari acara ini berlangsung antaranya:

1. Penghasilan seni gergasi menggunakan sumber dari orang ramai iaitu botol air mineral yang boleh dikitar semula

Botol-botol ini akan digunakan sebagai sebahagian daripada pemasangan letterform gergasi yang akan menghasilkan perkataan "TOGETHERNESS". Bawa botol plastik kitar semula anda sendiri supaya kita boleh menggunakannya semula sebagai sebahagian daripada karya seni.

Kami juga bekerjasama dengan Universiti Taylor dan beberapa komuniti PPR lain dalam usaha mengumpul botol ini.

Gambar sekadar hiasan.

Image via www.indiatimes.com

2. Amazing Heritage Race: Warisan Bersama versi uniform sekolah dan versi orang awam serta selebriti

Sebahagian berlumba, sebahagian lagi mencari harta karun - Cari dan kenali bangunan-bangunan warisan di Kuala Lumpur.

3. Persidangan Boneka ASEAN yang menampilkan boneka dari 10 negara ASEAN

Persidangan Boneka ASEAN atau The ASEAN Puppetry Conference adalah acara yang akan menampilkan boneka dari 10 negara ASEAN termasuk Brunei, Indonesia, Malaysia, Myanmar, Filipina, Thailand, Vietnam, Laos dan Kemboja.

Program ini diwujudkan sebagai sebahagian daripada program kesedaran untuk memperkenalkan bentuk seni tradisional pada mata generasi baru. Pelbagai aktiviti ditawarkan - sesi panel, bengkel untuk orang ramai dan pameran boneka.

Gambar sekadar hiasan.

Image via www.straitstimes.com

4. Pertandingan Lukisan Kapur Jalanan di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad

Gambar sekadar hiasan.

Image via www.webdesignmash.com
Image via www.tumblr.com
Image via imgsoup.com

5. Pelancaran GARIS, sebuah antologi lukis + tulis dan sesi Kongsi Inspirasi: Trilogi MURTAD oleh Hasrul Rizwan, kedua-duanya oleh Buku Fixi

Antologi lukis + tulis: Menampilkan 11 artis tanahair Mimi Mashud, Arif Rafhan, Pak Ngah Alipz, Saat Omar, Ann Jaafar, Zuperry, Julya Oui dan Shieko Reito termasuk juga artis baru Syafiq Aizat, Benessa dan Fasyali Fadzly. Buku edisi terhad hitam-putih ini bertujuan untuk merayakan kehidupan yang penuh berwarna.

Trilogi MURTAD: Cerita aksi yang menampilkan kembar seiras Adam & Akhil telah mencuri perhatian pembaca sejak novel pertamanya diterbitkan pada 2012. Kini trilogi lengkap akan dilancar dengan kulit depan baru: novel Murtad (2012), Tuhan (2013) dan yang paling baru Qisas(2015). Temubual dengan penulis mengenai inspirasi, angan-angan dan cita-cita.

6. Santai Di Tengah Kota dimana pengunjung boleh menikmati picnic bersama ahli keluarga dan rakan-rakan, sesi busking, perpustakaan jalanan, dan bazar yang menyediakan pelbagai juadah lazat

7. Penghargaan warisan dan sejarah bangunan-bangunan lama yang berada di sekeliling Kuala Lumpur melalui fakta-fakta yang mungkin ramai tidak tahu

Hari UNESCO Malaysia 2015 akan diadakan pada 22-24 Mei ini bertempat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Di bawah menunjukkan peta acara sebagai rujukan untuk para pengunjung yang hadir.

Hanya dua hari sahaja lagi sebelum acara ini berlangsung. Jangan lepaskan peluang untuk bertemu kenalan baru serta menghayati Kuala Lumpur dengan lebih dekat.

Untuk maklumat lanjut sila layari laman Facebook Hari UNESCO Malaysia 2015.

Ingin melawat tapak warisan UNESCO yang berdekatan dengan Malaysia? KLIK SINI:

You may be interested in: