'Beregu Campuran Hampakan Rakyat Malaysia' - Lepas 4 Tahun Kosmo! Buat Hal Lagi
Berjuta-juta rakyat Malaysia menyaksikan perlawanan beregu campuran negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying di Pavilion 4 Riocentro malam tadi
Semangat yang diberikan oleh rakyat Malaysia juga sangat padu kerana begitu ramai yang mengharapkan pingat emas pertama Malaysia di temasya Olimpik sejak Malaysia menyertainya berpuluh tahun dulu.
Anda boleh lihat, sana sini rakyat Malaysia berkumpul menonton perlawanan malam semalam untuk memberi sokongan buat pasukan beregu negara.
Perlawanan yang berlangsung lebih kurang 45 minit itu memperlihatkan Malaysia berjaya ditewaskan oleh pasangan Indonesia, Tontowi Ahmad-Liliyana Natsir dengan mata 14-21, 12-21
Ini menjadikan Malaysia berada di tempat kedua sekaligus menyumbang pingat perak kedua Malaysia di sukan Olimpik Rio 2016.
Apa pun terjadi, seluruh rakyat Malaysia masih berbangga dengan kedua-dua wira negara ini dan dilaporkan kerajaan Melaka akan memberi insentif sebanyak RM50,000 kepada mereka.
Bagaimanapun, hari ini berjuta rakyat Malaysia meluahkan rasa kesal terhadap laporan media Berita Harian dan Kosmo! kerana 'headline' yang mereka gunakan
Empat tahun lalu, Kosmo! turut membuat headline kontroversi sewaktu kejohanan Olimpik apabila Lee Chong Wei tewas di tangan musuh tradisinya Lin Dan dari China pada acara final perseorangan lelaki badminton Sukan Olimpik 2012 di Arena Wembley, London.
Laporan BH Online itu dibuat tengah malam tadi sebaik saja perlawanan beregu campuran tamat. Namun, tinjauan kami pagi tadi menunjukkan bahawa headline tersebut telah ditukar.
Dalam pada itu, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkongsi kisah inspirasi kejayaan Peng Soon - Liu Ying suatu ketika dulu yang mungkin ramai tidak tahu
Walau apapun terjadi, TAHNIAH kami ucapkan kepada Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying. Anda tetap juara di hati kami! =)
Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!