x

seismik

"Hebatnya Orang Kampung!" - Netizen Teruja Tengok Cara Unik Penduduk Alihkan Rumah Ini

Moment macam ni memang harus dikongsi!

Cover image via Miaa Jumaah (Facebook)

Kebiasaannya kita hanya dengar cerita tentang tradisi angkat dan usung rumah, tetapi kali ini menarik sebab kita dapat lihat depan-depan

Menurut sumber, tradisi ini asalnya bertujuan untuk orang kampung pindah rumah dan menjimatkan proses mengemas, bungkus dan tak perlu panggil lori untuk angkut semua barang ke rumah baru. 

Kalau difikirkan semula, lebih baik angkat rumah ke tempat baru, kerana rumah zaman dulu hanya diperbuat daripada kayu dan papan semata-mata.

Baru-baru ini, seorang pengguna akaun Facebook telah berkongsi beberapa video yang dirakam ketika orang kampungnya sedang mengalihkan sebuah rumah papan beramai-ramai dalam keadaan hujan.

Lihat salah satu video di bawah:

Bagi sesiapa yang tak pernah tengok mesti teruja

Difahamkan, video yang dikongsi oleh pengguna Facebook bernama Miaa Jumaah itu adalah di Batu Pahat, Johor.

Menurutnya, orang kampung seramai lebih 20 orang tolong alihkan rumah kayu tersebut kerana tuan rumah ingin menambah rumahnya.

Jadi, mereka bekerjasama untuk angkat, tarik, tolak dan gerakkan rumah itu ke depan dan belakang dengan menggunakan sokongan batang buluh di bawah rumah.

Salah seorang akan jadi 'tekong' atau ketua apabila yang lain mengangkat rumah

Gambar sekadar hiasan.

Image via Utusan

Menurut sumber, biasanya ketua kampung akan umumkan kepada semua jika ada kerja pindahkan rumah. Orang kampung akan potong dan sediakan batang buluh bergantung kepada saiz rumah untuk diikat pada bahagian rasuk rumah sebelum dialihkan.

Jika dilihat semula video yang diambil oleh Miaa Jumaah itu, akan terdengar suara ketua beri arahan untuk gerakkan rumah kayu tersebut ke depan atau ke belakang.

Rata-rata komen daripada netizen berkata mereka agak teruja dan 'jakun' melihat video tersebut kerana ada yang pertama kali tengok cara orang kampung alihkan rumah

Tak semua orang pernah melihat bagaimana rumah diangkat dan diusung, logiklah kalau ada yang jakun bila first time nampak kan.

Antara komen menarik daripada netizen di Facebook:

Seronok ada orang kampung yang saling bekerjasama ini. Bak kata pepatah, muafakat membawa berkat :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik: