Hokkaido Tawar Pengalaman Epik Buat Pelancong Di Musim Sejuk - "Snow Powder Terbaik Dunia"
Kami senaraikan 9 tempat 'Unseen & Underrated' di Hokkaido untuk anda. Nombor 7 jangan skip please!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
JAPOW! Gelaran ikonik bagi Hokkaido yang bermaksud 'Japan Powder'. Menurut Skiing Hokkaido, rata-rata peluncur papan salji dan peluncur ski bersetuju Hokkaido merupakan destinasi WAJIB datang sekali seumur hidup.
Sedikit trivia bagaimana gelaran JAPOW bermula dan mengapa salji di sana istimewa. Hokkaido terletak di bahagian paling utara Jepun, berdekatan dengan Siberia. Kedudukan ini menyebabkan ia menerima aliran udara sejuk yang menghasilkan salji berkualiti tinggi.
Udara sejuk dari Siberia bertembung dengan kelembapan dari Laut Jepun, menghasilkan hujan salji yang konsisten dan berkualiti serbuk.
Ditambah pula musim sejuk yang panjang dengan suhu yang sangat rendah tetapi kurang lembap. Ini menghalang salji daripada menjadi basah dan berat serta menjadikan ia lebih ringan dan gebu.
Jangan risau! Artikel ini bukan khusus buat para peluncur sahaja, kami akan senaraikan lokasi-lokasi menarik, muslim-friendly dan juga sesuai untuk yang berkeluarga.
1. Asahiyama Zoo: Taman Haiwan Dalam Salji
Siapa sangka taman haiwan boleh jadi lebih menarik bila diselimuti salji? Yes! Haiwan yang terdapat di sekitar Zoo ini juga sangat berbeza daripada Zoo di Malaysia.
Asahiyama Zoo terkenal dengan pertunjukan haiwan musim sejuk, seperti perarakan penguin, terowong kaca bawah air untuk anjing laut, beruang kutub yang aktif pada musim sejuk dan pelbagai haiwan 'rare' yang lain.
Lokasi: Kuranuma Higashiasahikawacho, Asahikawa
Harga: Bermula daripada RM28 untuk dewasa
Waktu operasi (Mengikut musim): 9.30 AM - 5.15PM
2. Ice Fishing di Kanyama Lake
Bayangkan duduk atas lapisan ais tebal di atas tasik sambil memancing walleye atau smelt! Pada masa yang sama menikmati suasana sejuk.
Pengalaman 'mahal' ini hanya terdapat di negara yang mempunyai salji tebal.
Aktiviti ini memang memerlukan kesabaran, tetapi kepuasan menangkap ikan segar dan terus masak membuatkan semua usaha berbaloi!
Pengunjung akan didedahkan dengan proses memancing dari peringkat awal seperti menebuk lubang bersama taklimat asas yang ringkas untuk memancing. Tengok demo sahaja pun dah cool!
Lokasi: Kanyama Lake, Hokkaido
Harga: Sekitar RM43 - RM90 bergantung kepada pakej (peralatan dan khemah disediakan)
Waktu operasi: 7:00 AM - 3:00 PM (Waktu ideal)
3. New Furano Prince Hotel - Snow Land!
Bukan hotel semata-mata. Surprisingly, orang dewasa yang hadir bukan hanya untuk teman kanak-kanak malah masa yang diluangkan diisi dengan aktiviti yang padat dan fun!
Snow Land di hotel ini adalah tempat wajib untuk pencinta aktiviti musim sejuk. Dari menaiki snowmobile, bermain snow rafting, meluncur di atas snow banana boat, hingga membina igloo dan pelbagai aktiviti lain.
Bukan hotel semata-mata. Surprisingly, orang dewasa yang hadir bukan hanya untuk teman kanak-kanak malah masa yang diluangkan diisi dengan aktiviti yang padat dan fun!
Snow Land di hotel ini adalah tempat wajib untuk pencinta aktiviti musim sejuk. Dari menaiki snowmobile, bermain snow rafting, meluncur di atas snow banana boat, hingga membina igloo dan pelbagai aktiviti lain.
"This makes me happy, patut datang awal sikit" - Syafiq, 31 (Pelancong dari Malaysia)
Kepada yang belum tahu, pukul 4 petang di sana seperti 6 petang di Malaysia. Jadi, rancang jadual anda lebih awal untuk kepuasan maksima!
Lokasi: New Furano Prince Hotel
Harga: Bergantung kepada pakej dan musim, layari Prince Hotel untuk lebih info.
Waktu operasi: 9:00 AM - 4:00 PM
4. Furano & Otaru: Stesen Kereta Api
Furano Station dan Otaru Station bagaikan diambil terus dari filem Jepun klasik!
Dua stesen ini bukan sekadar tempat transit, tapi juga menawarkan suasana estetik yang sangat cantik untuk bergambar. Turut terkenal dengan Glass lamp atau lampu kaca yang masih berfungsi.
Otaru juga dikenali sebagai 'Town of Glass', ditubuhkan Kitaichi Glass pada tahun 1901. Peminat barang klasik dan sejarah semestinya akan appreciate lawatan ke stesen ini.
Furano Line menuju Takikawa, mengambil masa kira-kira 45 minit perjalanan sambil menikmati pemandangan 'nature' dan juga 'town'.
Setibanya di Takikawa, transit kereta api ke Sapporo yang mengambil masa kira-kira 60 minit. Sekali lagi kami dihidangkan pemandangan memukau!
5. Otaru Tenguyama Ropeway
Fans K-Drama, munculkan diri! Terutamanya yang pernah tengok First Love di Netflix. Ini peluang untuk anda yang ingin melawat lokasi penggambaran drama bersiri tersebut.
Masa bergerak lebih pantas bila di puncak! Mana tak nya, pemandangan di sini memang 'beyond words', bila tengok sampai satu jam pun tak terasa.
Tenguyama Ropeway juga merupakan salah satu lokasi tumpuan para peluncur ski dan papan salji. Menurut petugas Hokkaido Tourism, lokasi ini antara yang curam di sana. Para peluncur, take note!
Walaupun beratur panjang, pengunjung tidak tunggu lama untuk dapat menaiki 'cable car' untuk naik ke puncak.
Dari atas Tenguyama Ropeway, anda dapat menikmati panorama Otaru yang bersalji. Bukan itu sahaja, ini lah masa yang sesuai untuk pengunjung main salji tebal. Kalau mengikut pemerhatian kami, orang ramai tak lepas peluang untuk buat 'content' di sini!
- Lokasi: Otaru, Hokkaido
- Harga: Bermula dengan RM46 (Dewasa) | RM23 (Kanak-kanak)
6. Otaru Unbound River Cruise
Lepas habis cruise, terus rasa cerdik macam sejarawan!
Pelayaran ini berlangsung selama 40 minit, dan sepanjang perjalanan, pemandu pelancong akan menceritakan sejarah Otaru sebagai pusat perdagangan penting pada zaman dahulu, termasuk bagaimana terusan ini memainkan peranan dalam ekonomi Jepun.
Pengunjung akan disediakan 'earphone' untuk mendengar terjemahan dalam bahasa Inggeris.
Selain itu, mereka juga berkongsi fakta menarik tentang bangunan bersejarah yang menghiasi sepanjang laluan tersebut.
Lokasi: Otaru, Hokkaido
Harga: RM44 (Siang), RM53 (Malam)
7. Toyohira River Rafting
Melancong ke Jepun tanpa Kimono, Lengkap ke? Lengkap je kalau gantikan dengan life jacket macam ni!
Toyohira River Rafting menawarkan pengalaman yang lebih adventurous! Kepada yang pandai 'paddle' atau tak pernah 'paddle' atau berkayak langsung, aktiviti ini masih sesuai untuk pengunjung cuba!
Air yang tenang dan sederhana, dijamin tak basah. Kayuhan bot yang perlahan dapat membuatkan pengunjung menikmati pemandangan yang menakjubkan, mempersonakan, menawan, memukau atau senang cerita, OUT OF THIS WORLD!
Pengunjung bakal berhenti di penghujung arus sungai untuk berhenti menikmati air teh O panas dan marshmallow. Aktiviti ini berlangsung selama kira-kira 120 minit.
Lokasi: Sapporo, Hokkaido
Harga: RM146 - RM233 (bergantung kepada pakej)
Waktu operasi: 9:00 pagi - 4:00 petang
8. Daibutsuden Head Buddha Temple
Lawatan ke Daibutsuden Head Buddha Temple yang terletak di kawasan tanah perkuburan. Unik!
Seni bina kuil ini direka oleh Tadao Ando, seorang arkitek Jepun. Terkenal dengan gabungan elemen minimalis dengan alam semula jadi di dalam karya seni bina beliau. Keunikan reka bentuknya terletak pada struktur konkrit yang seakan menyatu dengan persekitarannya.
Buddha gergasi yang dikelilingi bukit kecil bersalji ini menambahkan lagi keunikan tempat ini, menjadikannya destinasi wajib bagi pencinta seni, terutamanya para arkitek.
Lokasi: Sapporo, Hokkaido
Waktu operasi: 9:00 pagi - 5:00 petang
Harga: Percuma dan dibolehkan menderma
9. Otaru Triangle Market
Fe-Feeling lokal! Jalan-jalan pasar pagi di Otaru!
Pada asalnya, pasar ini hanya lah pasar biasa yang dikunjungi penduduk tempatan namun mendapat perhatian oleh pelancong kerana makanan laut seperti snow crab, salmon, dan uni yang sangat segar.
Ditubuhkan pada awal 1900-an, Otaru adalah hab penting untuk perdagangan makanan laut dan barang-barang lain, menjadikan pasar ini tempat yang meriah untuk penduduk tempatan dan pelancong.
Lokasi: 3-10-16 Inaho, Otaru, Hokkaido
Waktu operasi: 6:00 AM – 5:00 PM
Satu lagi tempat yang mungkin ramai akan terlepas pandang, MITSUI OUTLET PARK. Ye, dekat Malaysia pun ada but hear me out..
Mitsui Outlet Park di Sapporo adalah destinasi wajib singgah. Dengan pelbagai jenama terkenal pada harga diskaun, tempat ini memang sesuai untuk mencari barangan berkualiti dengan harga berpatutan. Paling best, layout mall dekat sini sangat mesra orang kurang upaya dan warga emas. Lurve!
Namun, terdapat satu seksyen yang jadi perhatian, Farm Village!
Bahagian khas di sini mengetengahkan hasil pertanian tempatan, menghargai sumbangan petani Hokkaido dalam industri makanan. Semuanya segar dari ladang!
Termasuk produk tenusu premium, sayur-sayuran bermusim, dan makanan khas Hokkaido. Bahagian ini bukan sahaja memberi peluang kepada pelancong untuk merasai keunikan produk tempatan tetapi juga mengiktiraf sumbangan petani.
FYI, salji masih lagi turun di sana sekarang. Kalau lambat melepas! Ini info penting mengenai jadual penerbangan.
Good news! Air Asia X menawarkan penerbangan tanpa transit yang mengambil masa kira-kira 7 jam 30 minit, terus ke lapangan terbang New Chitose (CTS) dari Kuala Lumpur (KUL).
Lebih jimat masa, masa hanya terluang dengan berehat atas 'flight'.
Menurut jadual yang diberikan, kekerapan penerbangan adalah empat kali seminggu. Cuma tinggal pilih 'timing' yang sesuai je.
P/s: Jangan lupa order Grilled Peri Chicken with Jollof Rice. Paling bussin!
"Unseen & Underrated". Dua perkataan yang belum cukup untuk gambarkan suasana di kota Hokkaido, kena cuba sendiri!
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!