Hot FM Mohon Maaf Atas Panggilan Hangit Isteri Nor Farhan Yang Melampau
Kadang-kadang, sesuatu gurauan boleh dianggap keterlaluan walaupun pada asalnya hanya ingin dijadikan bahan ketawa semata-mata.
Hot FM Tampil Memohon Maaf Atas 'Keterlanjuran' Pihaknya Ketika Mengendalikan Segmen "Panggilan Hangit" Yang Melibatkan Isteri Pemain Bola Sepak Negara, Nor Farhan Mohammad
Ekoran kontroversi Panggilan Hangit yang dikenakan kepada isteri pemain bola sepak Terengganu, Nor Farhan Mohammad, yang dianggap tidak sensitif, pihak pengurusan Hot FM telah mengambil langkah mengeluarkan permohonan maaf berhubung perkara itu.
karangkraf.comDalam Segmen "Panggilan Hangit" Pada 3 Jun 2014, Seorang Wanita Mengadu Kepada Isteri Nor Farhan Kononnya Dia Telah Dihamilkan Oleh Nor Farhan Dan Nor Farhan Kini Enggan Bertanggungjawab
Seorang wanita (orang Hot FM) mengatakan dia terlanjur dengan Nor Farhan dan kini sedang hamil hasil hubungan terlarang itu. Kemudian wanita berkenaan mendakwa Norfarhan enggan bertanggungjawab dan wanita berkenaan turut memberitahu dia kini berdepan masalah dengan tekanan dari keluarga.
beautifulnara.comRakaman panggilan berkenaan menjadi viral dan rata-rata menganggap ia tindakan melampau dan kurang sopan.
aiskosong.comMenerusi Ruangan Komen, Rata-Rata Netizen Tidak Berpuas Hati Dengan Tindakan Hot FM Dengan Menganggap Panggilan Itu Sebagai Sesuatu Yang Melampau Dan Tidak Sensitif
Ekoran Kejadian Tersebut, Pihak Hot FM Segera Memohon Maaf Kepada Semua Pendengar Melalui Sebuah Status Di Laman Facebook Mereka
Untuk Makluman, Panggilan Tersebut Sebenarnya Telah Dirancang Oleh Nor Farhan Sendiri Dengan Niat Untuk 'Mengenakan' Isterinya Sempena Hari Lahir
Mengulas lanjut mengenai insiden berkenaan, kenyataan itu menyebut pengisian segmen pada hari tersebut telah dicadangkan sendiri oleh pemain bola sepak berkenaan dengan niat untuk 'mengenakan' isterinya bersempena ulang tahun wanita berkenaan.
mstar.com.myMujur Isteri Nor Farhan Amat Tenang Ketika Menerima Panggilan Tersebut Dengan Meminta Wanita Itu Bertemunya Untuk Berbincang. Dengarkannya DI SINI:
Diharapkan Dengan Permohonan Maaf Yang Dibuat Ini Mampu Menutup Terus Kisah Ini Sekali Gus Menjadi Teladan Kepada Semua Pihak Agar Lebih Sensitif Di Masa Hadapan