seismik

Betul Ke Orang Yang Nak Buat Korban Tak Boleh Potong Kuku & Rambut? Ini Hukumnya

Baca dulu hukum-hakam ini.

Cover image via Linisehat & Korban Aqiqah

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tak lama lagi, umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidiladha

Pada raya haji ini, umat Islam juga dituntut untuk melakukan ibadah korban.

Namun, bolehkah orang yang ingin berkorban memotong kuku dan rambut? Apakah hukum-hakamnya?

Tarikh terakhir untuk memotong rambut dan kuku bagi mereka yang menyertai korban adalah pada maghrib petang 29 Zulkaedah.

Ini bermaksud, bagi mereka yang ingin berkorban, perlu ingat untuk memotong kuku sebelum tarikh tersebut kerana mulai dari 1 Zulhijjah hingga 10 Zulhijjah tidak dibenarkan lagi untuk memotong kuku.

Hukum potong kuku dan rambut untuk orang yang berkorban

Anda disarankan untuk memotong kuku dan rambut sebelum hari penyembelihan korban iaitu daripada tarikh 1 Zulhijjah hingga 10 Zulhijjah.

Jika anda terlupa, tiada hukuman atau dosa namun ia akan menjejaskan keutamaan dalam ibadah korban.

 Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ كَانَ لَهُ ذِبْحٌ يَذْبَحُهُ فَإِذَا أُهِلَّ هِلَالُ ذِي الْحِجَّةِ، فَلَا يَأْخُذَنَّ مِنْ شَعْرِهِ، وَلَا مِنْ أَظْفَارِهِ شَيْئًا حَتَّى يُضَحِّيَ

Maksudnya: Barangsiapa yang mempunyai binatang korban untuk disembelih, maka apabila terlihatnya anak bulan Zulhijjah, janganlah dia mengambil satu apa pun (yakni memotong) daripada rambutnya, mahupun daripada kukunya sehingga dia selesai berkorban.

Hadis riwayat Imam Muslim (1977)

Umat Islam digalakkan untuk menjaga kebersihan diri dari sekecil-kecil kuku sehinggalah perapian bulu. Oleh itu, seseorang hendaklah tidak membiarkan kuku melebihi 40 hari.

Hadis daripada Anas bin Malik R.A, kata beliau:

وُقِّتَ لَنَا رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَصَّ الشَّارِبِ ، وَتَقْلِيمَ الأَظْفَارِ ، وَحَلْقَ الْعَانَةِ ، وَنَتْفَ الْإِبْطِ ، لاَ يُتْرَكُ أَكْثَرَ مِنْ أَرْبَعِينَ يَوْمًا

Maksudnya: “Rasulullah SAW memberikan batasan waktu kepada kami untuk memotong misai, memotong kuku, mencabut bulu ketiak, dan mencukur bulu kemaluan, agar tidak dibiarkan lebih dari empat puluh hari.”

Riwayat Muslim (520), al-Tirmizi (2759) dan al-Nasa’ie (15)

Image via Utusan

Namun, kuku boleh dipotong sekiranya menganggu kesempurnaan wuduk dan ibadah wajib yang lain

Larangan tersebut dianggap sebagai perkara yang tidak disukai (makruh tanzih) dan bukannya haram.

Makruh Tanzih merupakan tindakan yang tidak baik tetapi tidak dosa. Sebagai contoh, minum sambil berdiri. 

Selamat menjalankan ibadah korban kepada semua umat Islam!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: