seismik

Siap Video Call Tunjuk Wanita Tidur Di Sebelah, Penumpang Bas Warga Asing Dikecam Ramai

Kurang ajarnya perangai.

Cover image via @didingzz_ (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tidak dinafikan, masih ramai yang akan menaiki bas untuk pergi ke mana-mana

Ada yang menaiki bas untuk pulang ke kampung dan sebagainya. Kenderaan sebegini bukan saja mudah, ia juga menjimatkan tenaga sebab tak perlu memandu berjam-jam.

Namun, keselamatan dalam bas menjadi salah satu faktor penumpang perlu ambil kira. Baru-baru ini, tular sebuah video yang memaparkan perangai jelik seorang warga asing.

Dakwa warga asing video call kawan sambil tunjuk perempuan tidur di sebelah

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang warga asing yang diyakini warga Bangladesh sedang menaiki bas menuju ke Pulau Pinang. 

Di sebelah lelaki itu, ada seorang perempuan yang tidur. Apa yang lebih mengejutkan adalah apabila warga asing itu mengambil kesempatan video call kawannya sambil menunjukkan perempuan Melayu itu. 

Lelaki itu siap tunjuk 'good' kepada kawannya melalui video call. 

Lihat video penuh itu di bawah:

@didingzz_

Reminder ! Jangan naik bas solo, terutamanya kaum perempuan sebab takut benda camni berlaku. Saya naik bas dri Muar ke Penang. Perempuan tu tidur then dia ambik kesempatan video call ramai kawan kawan dia ntuk tnjuk prempuan melayu sebelah dia Lagi satu jangan takut bersuara kalau benda macamni berlaku di depan mata #TypeB #problems

original sound - didingzz_ - didingzz_

Bahayanya macam ni. Take care & stay safe girls!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: