seismik

Kampung Budaya Terengganu Jadi Tarikan Untuk Keluarga - "Boleh Explore Aktiviti Menarik"

Bolehlah bawa anak-anak rasa pengalaman duduk di rumah tradisional.

Cover image via @sinach_z (X)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tidak dinafikan, kalau weekend saja ibu ayah suka ajak anak-anak meluangkan masa di pusat beli-belah bukan?

Iyalah, kadangkala sesuatu kawasan itu banyak pusat beli-belah daripada tempat rekreasi dan beriadah.

Baru-baru ini, seorang lelaki di laman X mengajak orang ramai supaya datang ke Kampung Budaya Terengganu.

Cadangan itu adalah susulan daripada salah seorang netizen di laman X yang mengeluarkan idea supaya Malaysia membuat satu perkampungan Melayu lama untuk dijadikan lawatan.


Image via X

Pelbagai aktiviti yang disediakan di Kampung Budaya Terengganu

Di situ ada rumah tradisional yang memaparkan budaya orang Melayu. Bukan saja ada tukang demo untuk buatan batik cop, songket, telepuk, wau dan anyaman, malah hidangan tradisi juga boleh didapati. 

Alat muzik dan permainan tradisional seperti Gamelan, Silat, Gasing, Congkak juga disediakan di sini. 

Image via @sinach_z (X)
Image via @sinach_z (X)

Harga tiket masuk serendah RM5 saja tau!

Bestnya tempat ni, nak bergambar pun cantik!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: