Pesta Buku Antarabangsa KL Dicemari Dengan ‘Sampah Sarap’ Yang Ditinggalkan Penjual Buku
Tak elok perangai.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) tahun ini diadakan di PWTC sejak 24 Mei hingga 2 Jun yang lepas
Pelbagai jenis buku dijual di situ, malah ramai yang akan berpeluang untuk berjumpa dengan penulis buku di pesta itu.
Baru-baru ini, tular video yang memaparkan situasi dan keadaan PWTC yang penuh dengan sampah sarap telah mencuri tumpuan ramai.
Difahamkan, sampah sarap ditinggalkan oleh penjual-penjual buku di situ
Selepas saja selesai pesta buku itu pada 2 Jun, tempat itu dicemari dengan sampah sarap. Sampah yang bertaburan atas lantai ditinggalkan oleh penjual-penjual buku di situ.
“Mereka datang membawa buku untuk dijual, dan mereka pergi meninggalkan sampah sarap.”
Namun, ada juga penerbit dan penjual buku yang bertanggungjawab membersihkan reruai supaya memudahkan kerja kontraktor.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!