[VIDEO] Ramai Cuak Tengok Ular Sawa Panjang Sembunyi Dalam Enjin Kereta Myvi, Seram!
Seramnya jumpa ular panjang macam tu.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Sering kita dengar ular sawa suka sembunyi tempat gelap dan sejuk bukan?
Baru-baru ini, tular sebuah kejadian di mana kereta salah seorang lelaki dimasuki ular sawa yang panjang.
Difahamkan, keretanya itu diparkir tepi jalan kawasan jalan Doraisamy, Kuala Lumpur. Lelaki berkenaan juga sempat menghubungi pihak berkuasa.
Anggota APM dilihat mengeluarkan ular sawa panjang dan besar yang tersekat dalam enjin kereta Myvi
Pihak bomba dan APM dilihat mengeluarkan ular sawa panjang dan besar yang tersekat dalam enjin kereta Myvi.
Susulan itu, kejadian berkenaan berjaya meraih perhatian orang ramai yang berada di situ.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!