TikToker Saran Untuk Melancong Ke Malaysia Berbanding Singapura - "Tak Banyak Budaya"
Dia cakap Malaysia 10 kali lebih baik.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Baru-baru ini, tular video seorang TikToker Amerika yang berkongsi kisah pengembaraannya di negara Asia Tenggara
Difahamkan, lelaki itu telah menetap di Thailand. Dia juga pernah melancong ke negara jiran seperti Laos, Vietnam, Malaysia, Singapura, Korea Selatan dan Jepun.
Menerusi videonya, dia menyarankan supaya orang ramai yang ingin melancong untuk melawat ke Malaysia berbanding Singapura.
"Tiada apa di Singapura" - katanya
TikToker, @zakattackcalii, yang mempunyai hampir 120,000 pengikut, menilai Singapura sebagai negara yang "terburuk" daripada tujuh negara Asia Tenggara yang telah dilawatinya dalam lima bulan terakhir.
Menurutnya, tiada apa yang boleh dilakukan di Singapura.
"Saya tidak sarankan. Sebabnya tiada apa yang boleh dilakukan di Singapura selain berjalan-jalan dan melihat beberapa bangunan, Singapura terlalu kecil," katanya dalam video.
Dia berkata walaupun orang yang ditemuinya di Singapura baik, namun ada juga yang kasar, seperti pekerja di Marina Bay Sands.
"Ketika saya pergi ke Marina Bay Sands, pelayan lelaki dan wanita sangat kasar. Mereka tidak mesra," dakwa TikToker tersebut.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!