Ibu, Boleh Tak Saya Nak - 11 Kisah Lucu Bagaimana Ibu Selalu Cakap 'NO' Pada Anak Mereka
Okay Ibu, we got it!
Cuba anda ingat waktu kecil dulu bila anda minta sesuatu daripada ibu, apakah jawapan yang selalu mereka beri?
Adakah anda selalu akan dapat apa yang diminta ataupun dapat jawapan seperti yang ditunjuk di atas ini? Selalunya kalau minta sesuatu dari ibu memang banyak halangan dan rintangan yang mendatang, tak kiralah apa pun mesti ada saja seribu sebab yang diberi.
Kan senang kalau cakap No terus, tapi biasalah ibu memang akan selalu bagi nasihat supaya dapat dijadikan pengajaran.
Sempena Hari Ibu yang akan tiba Ahad nanti, mari ikuti koleksi kisah ragam para Ibu apabila anak-anak mereka minta sesuatu. Tak nak bagi tapi tak cakap NO, lepas tu mula lah merajuk. Comel betul!
1. "Mama, adik nak keluar dengan kawan tau"
"Mama memang seorang yang sangat manja dengan anak-anak Mama. Mama tak pernah cakap tak boleh ataupun tidak dekat kitorang adik-beradik. Macam I memang seorang yang tak reti duduk rumah, kalau boleh setiap minggu nak keluar dengan kawan-kawan. So setiap kali kalau I tanya Mama, "Ma adik nak keluar dengan kawan tau. Boleh kan?" Mama tak kata tak boleh tapi selalu akan pujuk supaya I tak keluar hari tu. Mama selalu akan jawab macam ni, "Boleh tapi Mama ingat nak keluar pergi shopping ke so kalau ikut Mama dapatlah apa-apa, Mama belanja".
Hm so bila Mama dah cakap macam ni, kadang-kadang I tak tahu nak respon macam mana. Tapi sebab shopping kan, so memang pilih shopping lah! I love you Ma!" - Anis Khalila
2. "Mak, Jedi nak aiskrim.."
"Teringat lagi masa kecik-kecik dulu, saya pernah minta Mak duit untuk beli aiskrim dari pakcik aiskrim motor tapi Mak bagitahu, dalam peti ais dah ada banyak aiskrim pergi je ambik satu dari situ,
Sedihnya memang tak boleh nak cakap macam mana, patah hati bila setiap kali nampak pakcik aiskrim lalu depan rumah. Tapi sekarang saya pulak yang belikan aiskrim untuk Mak. Mak, I love you!" - Zaidi
3. "Hm okay, tapi baju ni macam tak sesuai je"
"Satu perkara yang saya perasan pasal Mama ialah dia susah sangat nak cakap 'NO' bila saya mintak ataupun tanya apa-apa. Tapi bila masuk bab tentang pakaian, selalunya saya akan minta pendapat Mama tentang cara pemakaian saya sama ada sesuai ataupun tidak.
Mama tidak akan cakap NO tetapi dia mesti cakap "Kan ada baju lain, banyak lagi baju kenapa nak pilih baju ni?" Selalunya kalau Mama cakap begini, faham-faham je lah sebenarnya dia tak berapa minat dengan cara pemakaian saya. Tapi tak apa, I still love you Ma!" - Nasha
4. "Siapa nak hantar, tak ada transport lah"
"Umi tak pernah cakap NO pun dekat Nurul, tapi apa yang selalu Nurul perasan bila Nurul nak minta pergi keluar mesti Umi akan cakap "Kereta tak ada ni, nanti siapa nak jemput balik".
Lagi satu, Nurul seorang yang suka main sukan dan aktif jadi setiap kali bila Nurul nak join mana-mana aktiviti mesti Umi akan cakap, "Bahaya tu, tak elok untuk kesihatan." Dah biasa sangat, kadang-kadang malas nak tanya dah. Tapi Nurul tetap sayang Umi!" - Nurul
5. "Ibu saya tak pernah cakap tak boleh, tapi.."
"Mama memang jarang cakap NO tapi kalau dia dah cakap tak boleh awal-awal dan I masih lagi degil, Mama mesti merajuk. Tapi senang je nak pujuk dia, belikan aja aiskrim sundae chocolate McDonalds mesti dia terus senyum! Tak pun pergi ajak dia makan cendol, memang dia terus happy.
Setiap kali nak beli kasut, mesti Mama selalu suruh I beli saiz yang sama dengan dia sebab kitorang sama saiz, tapi mesti I degil nak beli saiz kecik sikit so muat-muat je dengan kaki I. Jadi, Mama akan cakap "suka hati awaklah", tu maksudnya dia tak bagi lah tapi dia taknak cakap NO. Tapi last-last I akan beli saiz sama dengan dia jugak sebab mama is my bestfriend forever!" - Anis Sofhea
6. "Mama, boleh tak saya nak mainan tu?"
"I ingat lagi the last time masa I kecik lagi, setiap kali saya masuk kedai permainan mesti I akan mintak Mummy belikan mainan untuk I. I ingat lagi dia selalu jawab macam ni, "Tunggu you dah besar, kerja ada duit sendiri. Masa tu you boleh beli mainan you sendiri. Sebab masa tu I kecik lagi so I selalu cakap okay je.
Bila fikir balik sedih jugaklah kena sound dengan Mummy macam tu! Tapi sebenarnya kelakar jugak lah the way Mummy say NO to me!" - Jing Yi
7. "Siapa nak teman Mak pergi beli sayur esok?"
"Tau-tau je lah macam mana selalunya macam mana mak cakap NO berlapis-lapis. Macam lah anak diorang tak faham kan. So, macam Mak I pulak dia akan selalu cakap sesuatu dan buat I rasa bersalah. Kadang-kadang kena keras hati tak nak layan tapi perasaan bersalah tu mesti akan datang. Selalunya, bila hujung minggu I memang malas nak keluar. Kalau boleh nak tidur je satu hari tapi saya memang rajin keluar waktu malam.
Jadi bila I tanya Mak I, mesti dia akan jawab, "Esok kan nak teman I pergi pasar beli sayur, kalau you keluar malam ni nanti siapa nak bawakkan I esok." Nak tak nak, kena dengar jugak cakap Mak sebab dia Mak kan. Tapi bila Mak I mula cakap macam tu, terselah perangai manja dia, Comel sangat, love you Ma!" - Desmund
8. "Kalau Mama saya, dia selalunya akan buat saya rasa bersalah"
"Siapa yang kenal saya, mesti korang tahu yang saya ni nampak aja ganas di luar tapi hati saya memang mudah tersentuh. Lebih-lebih lagi tentang orang yang saya sayang. Seperti orang lain, saya sebagai anak mesti akan mintak izin dari Mama untuk keluar dari rumah. Jadi, satu hari ni saya nak pergi sebuah Festival Seni di KL dan tanya Mama kalau dia okay. Mama tak kata NO ataupun geleng kepala tapi apa yang dia cakap ni memang buat saya terus tak jadi nak keluar. Mama cakap, "Pergi lah, tapi Mama baru je nak keluar dengan Ayna, beli kasut baru."
Mama macam tahu je yang hari tu memang saya nak pergi keluar beli kasut jugak so saya terpaksa cancel plan dengan kawan saya sebab saya tahu Mama lebih penting dari kawan saya. Mama memang pandai buat saya rasa bersalah dan saya memang tak boleh lari sebab hati saya memang cepat tersentuh bila masuk bab keluarga. Khas buat Mama, terima kasih sebab mengajar Ayna untuk jadi seorang yang positif, rendah diri dan bersikap baik pada orang lain. Mama banyak ajar Ayna erti hidup. Selamat Hari Ibu Mama!" - Ayna
9. "Pandai-pandai lah, kalau Ayah marah Mama tak tahu"
"Mama saya jenis yang tak kisah dengan apa-apa pun, dia memang seorang yang kool! Tapi kalau saya nak pergi buat sesuatu aktiviti yang jarang saya buat mesti Mama akan risau. Macam hari tu, saya tanya Mama, "Ma, kakak nak pergi panjat Bukit Broga boleh?" Kalau Mama senyap tu boleh tahu dah jawapan dia. Kadang-kadang Mama selalu akan cakap "Apa-apa jadi dekat you, Mama tak tahu. Mesti Ayah marah nanti."
Nak tak nak kenalah dengar cakap dia, sebab tahu sangat kalau tak dengar mesti nanti kena jugak. But Ma, i know you love me that's why you said that" - Amalina
10. "Dapatkan pointer 3.7 dulu baru boleh kawan dengan dia"
"Dulu masa saya start ber'kawan' dengan Zaim (tunang) saya, saya rasa macam kena bagitahu ibu pasal dia. Baru lah dapat restu ibu kan, Jadi masa mula-mula nak berkawan, saya minta izin ibu kalau dia benarkan saya berkawan dengan Zaim. Ibu mula-mula macam tak bagi tapi dia tak cakap NO ataupun marah tapi sebaliknya Ibu suruh saya pasikan pointer mesti kena 3.5 ke atas je setiap semester.
Kalau tak, tak boleh kawan dengan Zaim. Sebab dah pasang niat, saya dapat maintain pointer setiap semester tau! Alhamdulillah bulan 7 nanti kami akan berkahwin. Terima kasih Ibu sebab restu hubungan kami, Hanis sayang Ibu!" - Hanis
11. "Boleh keluar, tapi kena makan dulu"
"So Mama selalu tak bagi I keluar dengan kawan setiap minggu tapi sebab event, kerja and shooting, I selalu keluar jugak. Tapi Mama selalu akan suruh I makan dulu sebelum keluar pergi mana-mana. Sometimes kena tunggu dia masak dulu, baru boleh keluar. Tak kisah lah sarapan, lunch atau dinner memang wajib makan kalau tak nanti Mama mesti merajuk." - Shazreen
Siapa aja yang tak sayang Ibu sendiri kan? Macam mana pun, Ibu tetap ratu hati kita semua. Tiba-tiba rasa rindu pulak, jom call Ibu tanya khabar!