Ibu Mengandung 7 Bulan Maut Digilis Dan Diseret Kereta Api Di Kedah
Kejadian berlaku di Alor Setar, Kedah pada 27 September 2014.
Pada 27 September 2014, Seorang Wanita Bersama Kandungan Berusia Tujuh Bulan Berkecai Selepas Digilis Dan Diseret Kereta Api Sejauh 300 Meter Di Alor Setar, Kedah
Seorang wanita bersama janinnya maut dipercayai digilis kereta api barang yang dalam perjalanan dari Bukit Kayu Hitam ke Pulau Pinang, berhampiran Kampung Kuala Alor, Alor Merah.
antarapos.comMayat mangsa dikenali sebagai Ku Nurul Shuhada Ku Rosli, 28 ditemui pada kira-kira jam 10 pagi dalam keadaan mengerikan selepas dipercayai diseret lebih 300 meter oleh kereta api tersebut.
bharian.com.myAkibat rempuhan itu, beberapa bahagian badan mangsa dan cebisan daging tubuhnya berselerakan di tepi landasan kereta api tersebut. Lebih menyedihkan, Ku Nurul Shuhada turut terkorban bersama bayi perempuan dikandungnya yang terputus dua tercampak di tepi landasan.
kosmo.com.myMenurut Sumber, Mangsa Dipercayai Menghadapi Kemurungan Dan Dikatakan Sering Kali Bercakap Seorang Diri Sejak Mengandung Anak Kedua
Sebelum kejadian, mangsa yang mempunyai seorang anak lelaki berusia 18 bulan dilihat berjalan di sekitar kampung berkenaan sambil menegur beberapa penduduk.
hmetro.com.mySumber melaporkan bahawa mangsa dipercayai kemurungan kerana dikatakan sering bercakap seorang diri sejak mengandung.
bharian.com.myTanpa disedari, Ku Nurul Shuhada masuk ke kawasan landasan kereta api yang berpagar itu.
hmetro.com.mySuami Mangsa Yang Mahu Dikenali Sebagai Saiful Berkata Isterinya Memaklumkan Mahu Ke Kedai Berhampiran Rumah Mereka. Namun Begitu, Isterinya Itu Masih Tidak Pulang Selepas 30 Minit.
“Bagaimanapun, saya tidak sedap hati apabila isteri masih tidak pulang selepas 30 minit sedangkan kebiasaannya, ia hanya mengambil masa kira-kira 10 minit."
hmetro.com.my“Saya bersama bapa mentua, Ku Rosli Ku Hassan yang berusia 50-an, dengan bantuan penduduk kemudian keluar mencari Ku Nurul Shuhada di sekitar kawasan kampung tetapi gagal sebelum pulang ke rumah jam 10 pagi,” kata Saiful.
hmetro.com.mySaiful Kemudian Diberitahu Bahawa Terdapat Sebuah Kejadian Membabitkan Orang Dilanggar Kereta Api Di Belakang Kampung. Hancur Luluh Hatinya Setelah Mengetahui Orang Yang Dilanggar Itu Adalah Isterinya.
“Apabila melihat baju serta serangkai kunci kereta, saya terus sebak kerana tahu ia adalah mayat isteri kerana saya memang mencari kunci kereta dan arwah pula membawanya bersama."
hmetro.com.my“Isteri saya mengalami kemurungan sejak beberapa bulan lalu. Kami sudah melakukan pelbagai ikhtiar termasuk mengubatinya secara tradisional. Keadaannya berubah agak baik tetapi kembali teruk seperti sejak seminggu kebelakangan ini,” katanya.
hmetro.com.myBapa Mangsa, Ku Rosli Ku Hassan Tidak Sangka Kejadian Seperti Itu Boleh Menimpa Anaknya. Menurutnya, Mangsa Sempat Minta Maaf Dua Hari Sebelum Menemui Ajal.
“Dia keluar rumah dan lambat balik lalu saya keluar cari melilau merata-rata sampai ke hospital tapi dia tiada. Apabila balik rumah, orang beritahu ada kemalangan di landasan kereta api, saya tak sangka dia boleh ditimpa kejadian itu."
hmetro.com.my“Arwah salam saya dan salam serta cium ibunya juga sambil minta maaf kelmarin. Saya kata, dari dia lahir sehingga lsekarang, saya sudah maafkan dia. Selepas itu dia hanya gelak,” kata Ku Rosli.
hmetro.com.mySelepas Kejadian, Mayat Mangsa Dihantar Ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB). Kes Ini Diklasifikasikan Sebagai Mati Mengejut.
Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Adzaman Md Jan mengesahkan kejadian berkata, pihaknya menerima laporan kejadian 10 pagi.
antarapos.com“Kami menerima laporan berkaitan kejadian jam 10 pagi sebelum sepasukan anggota dihantar untuk melakukan siasatan di tempat kejadian. Kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah," kata Adzaman.
antarapos.com