Ibu Sanggup Mati Demi Selamatkan Anak
Sesungguhnya, syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
[TERKINI] Benarkah Motosikal Yang Merempuh Ibu Ini Dibawa Dengan Laju?
Susulan daripada kes ini, ramai orang menuduh tindakan remaja Tingkatan 4 yang membawa motosikal tersebut dengan laju menjadi punca kepada kematian seorang ibu yang sedang melintas jalan bersama seorang anaknya tempoh hari.
Enggan Membiarkan Rakannya Dicerca Dan Dimaki Pengguna Laman Sosial, Seorang Saksi Yang Juga Sahabat Remaja Tersebut Menceritakan Perkara Sebenar Melalui Satu Status Di Facebook
Komen daripada Muhammad Hanafi:
Menurut saksi kejadian, makcik tu melintas jalan di celah-celah kereta tanpa menyedari kehadiran motor. Pelajar tu terkejut lalu hilang kawalan. Pelajar form 4 sekolah Tengku Bariah, motor tu slow je, makcik tu jatuh dan terhentak kepala atas jalan sampai darah keluar dari hidung dan telinga.
Dah jadi rutin harian arwah bersama suami pergi makan roti canai kedai Saleh di Pasir Panjang. Nak dijadikan cerita, suami arwah dah melintas jalan tapi arwah tak sempat, tertinggal di tengah jalan. Lepas tu arwah nak melintas jalan tiba-tiba, lepas tu jadilah kemalangan tu.
Dalam hal ni bukan nak salahkan arwah atau sesiapa, mmg ramai orang lintas jalan macam tu sebab kat situ jejantas jauh. Tapi pengguna fb tak payah nak maki budak tu dengan cakap dia merempit la puaka la etc. Kalau korang takde dekat tempat kejadian, jangan berlagak mcm nampak sendiri sampai nak ulas lebih daripada saksi.
Setinggi-Tinggi Kasih Anak, Tinggi Lagi Kasih Si Ibu. Seorang Wanita Sanggup Menggadaikan Nyawanya Demi Menyalamatkan Anaknya Yang Hampir Dilanggar Sebuah Motosikal Pada Pagi 10 November 2014.
Demi kasih sayang ibu, seorang wanita sanggup mengorbankan nyawanya dengan menolak anak lelakinya ke tepi jalan dan membiarkan dirinya dirempuh sebuah motosikal di Jalan Pasir Panjang pada pagi 10 November 2014.
hmetro.com.myDalam tragedi menyayat hati itu, murid Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Panjang, Muhammad Izzudin Najmi Ibrahim, 12, yang bangkit dari jatuh hanya mampu melihat jasad ibunya, Dayang Che Abdul Kadir, 54, terbaring kaku di atas jalan tar.
hmetro.com.myKetika Kejadian, Mangsa Sedang Melintas Jalan Bersama Anaknya Untuk Dihantar Ke Sekolah Apabila Tiba-Tiba Sebuah Motosikal Menuju Ke Arah Mereka Dengan Laju. Mangsa Sempat Menolak Anaknya Itu Sebelum Dirempuh.
Ketika kejadian kira-kira 7.15 pagi itu, mangsa yang berasal dari Kampung Pasir Panjang sedang melintas jalan untuk menghantar Muhammad Izzudin ke SK Pasir Panjang selepas singgah minum di sebuah warung berhampiran.
blogspot.comBagaimanapun, ketika melintas jalan tiba-tiba mangsa melihat sebuah motosikal ditunggang laju ke arah mereka. Difahamkan, mangsa yang menyedari kedatangan motosikal itu menolak anaknya ke bahu jalan sebelum dirinya sendiri dirempuh.
blogspot.comAkibat Rempuhan Itu, Kepala Mangsa Terhentak Di Jalan Raya Menyebabkan Berlaku Pendarahan Yang Banyak. Mangsa Disahkan Meninggal Dunia Serta-Merta Di Tempat Kejadian.
Akibat rempuhan itu, mangsa terjatuh dan kepalanya terhentak di atas jalan dan dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian sementara penunggang motosikal, seorang pelajar tingkatan empat hanya cedera ringan.
hmetro.com.myKetua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Idris Abd Rafar yang dihubungi mengesahkan kemalangan itu.
hmetro.com.myDalam Pada Itu, Kes Ini Disiasat Mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 Kerana Menyebabkan Kematian Dengan Memandu Secara Membahayakan
Idris berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian dengan memandu secara melulu dan membahayakan.
blogspot.com