'Nak Tengok Sunat Adik' - Ibu Terkejut Baca Perbualan Anak 10 Tahun Dengan Lelaki Pedofil
Geleng kepala kami dibuatnya.
Ibu mana yang tak marah bila terjumpa perbualan tak senonoh antara si anak dengan seorang stranger selepas check telefon bimbit mereka
Zaman sekarang ni dunia tiada sempadan dan segalanya berada di hujung jari. Ini menjadikan hidup kita lebih terdedah kepada semua perkara, termasuk bahaya. Kanak-kanak pun tidak terkecuali terutamanya yang aktif di media sosial.
Dalam satu kes yang dimuat naik di Facebook oleh seorang ibu, Nurulainey Ab Halim, beliau meluahkan rasa marah dan terkejut apabila menemui perbualan anaknya bersama seorang pedofilia
Anak lelakinya yang baru berusia 10 tahun dan masih tidak kenal dunia telah diganggu oleh seorang pedofilia LELAKI! Mereka berdua berbual melalui inbox di Facebook setelah anaknya itu menerima friend request dari lelaki berkenaan.
Saat friend request diterima, lelaki pedofil itu terus bertanya macam-macam soalan termasuk mengumpan budak itu dengan pelbagai habuan seperti PSP, dengan syarat...
...budak itu perlu menghantarkan gambar kemaluannya kepada lelaki hidung belang berkenaan.
Screenshot perbualan mereka berdua yang dimuat naik oleh Nurulainey ini memang sangat jijik untuk dibaca. Sungguh tak masuk akal!
Dalam pada si ibu menyampaikan awareness kepada khalayak ramai, beliau bagaimanapun dikecam dan dipersalahkan
Menurut segelintir individu, Nurulainey tidak sepatutnya memberi handphone kepada anaknya. Jika tidak, perkara sebegini tidak akan berlaku.