Fakta Mengejutkan Tentang Pedofilia Yang Wajib Diketahui Oleh Ibu Bapa Di Malaysia
Sudah tiba masanya rakyat Malaysia memahami apa itu pedofilia demi menjaga keselamatan kanak-kanak di negara ini.
Cover image via theeventchronicle.comSejauh mana anda tahu apa itu pedofilia?
Seorang pakar seksologi di University of Toronto, Dr. Ray Blanchard berpendapat bahawa pedofilia adalah satu orientasi seksual dimana seseorang itu mempunyai nafsu seksual terhadap kanak-kanak di bawah umur 13 tahun
[Pedofilia](https://www.psychologytoday.com/conditions/pedophilia) dijelaskan sebagai keinginan seseorang untuk memenuhi nafsu seksual dengan melibatkan kanak-kanak. Sering kali pedofilia datang daripada golongan lelaki dewasa yang tertarik dengan kanak-kanak lelaki mahupun perempuan secara seksual.
Meskipun seseorang itu hanya mempunyai [keinginan seksual](http://www.webmd.com/mental-health/features/explaining-pedophilia) terhadap kanak-kanak, walaupun tanpa menyentuh mereka, dia masih dianggap sebagai pedofilia.
Image via mediabane.com
Menurut Persatuan Psikiatri Amerika (APA), sifat mempunyai nafsu terhadap kanak-kanak atau pedofilia adalah sejenis penyakit mental
"Pedofilia merupakan gangguan *pedophilic* iaitu tarikan seksual seseorang terhadap kanak-kanak. Ia menyebabkan mereka rasa bersalah, bimbang, terasing, atau mempunyai kesukaran dalam mengejar matlamat peribadi yang lain," kata Dr. Blanchard.
Image via webmd.com
Bagaimana pedofilia berkait dengan kes penculikan dan rogol kanak-kanak?
Terdapat banyak kes culik dan kanak-kanak dirogol di Malaysia. Walau bagaimanapun, ramai yang masih tidak menyedari bahawa kes-kes ini berkait rapat dengan pedofilia.
Image via lipstiq.com
Salah satu kes yang berlaku pada tahun 2007 menyentuh jiwa seluruh rakyat Malaysia adalah kisah Nurin Jazlin yang ditemui maut dalam keadaan yang sangat menyayat hati
Image via wordpress.com
Berapa banyak kes kehilangan kanak-kanak yang berlaku di Malaysia?
Mengikut statistik ibu pejabat polis Bukit Aman, terdapat 4,998 kes individu yang dilaporkan hilang pada tahun 2013 dan hanya 2,382 orang berjaya ditemui semula
Image via mariafirdz.com
Jadi, apa yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk melindungi anak-anak mereka daripada menjadi mangsa pedofilia?
Ibu bapa perlu mengambil langkah berjaga-jaga dengan tidak melakukan perkara yang boleh menarik perhatian pedofilia terutama sekali di laman sosial
Sebuah akaun Facebook milik '[Biru Laut](https://www.facebook.com/biru.laut.568/posts/761051943974417)' telah berkongsi beberapa panduan untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini seperti:
1) Tidak *post* **gambar anak-anak tidak berpakaian atau berpakaian tidak sopan** sama ada anak lelaki mahupun perempuan.
2) Jangan sesekali **memberitahu atau *post* lokasi** sekolah atau kawasan beradanya anak anda di laman sosial
3) Latih anak-anak untuk **tidak membenarkan sesiapa sahaja menyentuh kemaluannya**.
4) Pakaikan anak-anak **pakaian yang tidak begitu menonjol** dan sopan.
5) **Berikan perhatian sekiranya anak-anak tidak berasa selesa** atau takut berada dekat dengan seseorang dan jika mereka menjadi murung apabila mendekati seseorang.
6) **Jangan membiarkan anak-anak** terutama sekali yang berumur 13 tahun ke bawah pergi kemana-mana **keseorangan** diri atau tanpa pengawasan orang dewasa yang dipercayai.
7) Jangan membiasakan anak-anak **duduk di atas riba** sesiapa sahaja, lebih-lebih lagi seorang lelaki.
Apakah kesan yang dialami oleh kanak-kanak yang menjadi mangsa kepada serangan seksual?
Kanak-kanak yang menjadi mangsa serangan seksual mungkin akan mengalami trauma seumur hidup mereka
Perkara ini turut boleh membawa kepada [kemurungan](http://www.medicaldaily.com/effects-child-sexual-abuse-depression-and-other-mental-health-conditions-247591), kebimbangan, masalah pemakanan dan tidak mempunyai keyakinan diri di kalangan kanak-kanak dan impak daripada yang dialami amatlah besar.
Menurut Pensyarah di Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Universiti Malaya (UM), [Dr. Mariani Mohd. Nor](https://www.facebook.com/notes/keluarga-sakinah/info-kesihatan-3-gangguan-seksual-punca-kemurungan-kanak-kanak/109441355743017) peristiwa seperti ini akan **meninggalkan kesan perasaan seperti takut** kepada kanak-kanak tersebut. Oleh sebab itu, ibu bapa perlu memberi perhatian penuh terhadap anak-anak mereka.
Image via trauma.blog.yorku.ca
