Bukan Suka-Suka, Ini Sebab Penumpang Perlu Buka Tingkap & Lipat Meja Sebelum Berlepas
Setiap peraturan mesti ada sebab keselamatannya.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kalau anda kerap menaiki kapal terbang, pasti pernah dengar pramugari mengingatkan penumpang supaya membuka penutup tingkap, menegakkan sandaran kerusi dan melipat meja makan sebelum pesawat berlepas atau mendarat

Gambar sekadar hiasan.
Image via Aviation News OnlineRamai menganggap arahan ini sekadar prosedur biasa, namun hakikatnya setiap satu mempunyai sebab keselamatan yang sangat penting.
Peraturan tersebut bukan diwujudkan secara suka-suka, sebaliknya dibangunkan hasil siasatan kemalangan udara, piawaian pensijilan pesawat serta garis panduan pihak berkuasa penerbangan di seluruh dunia.
1. Penutup tingkap perlu dibuka supaya keadaan di luar mudah dipantau

Gambar sekadar hiasan.
Image via rawpixel.com/MagnificMenurut Civil Aviation Authority of Singapore kebanyakan syarikat penerbangan menetapkan penutup tingkap perlu dibuka ketika berlepas dan mendarat bagi membolehkan kru kabin melihat keadaan di luar pesawat dengan jelas.
Jika berlaku sesuatu seperti kebakaran, asap, kebocoran bahan api atau kerosakan pada sayap, kru boleh mengenal pasti situasi dengan lebih pantas dan menentukan pintu kecemasan yang selamat untuk digunakan.
Malah, penumpang yang duduk di tepi tingkap juga berpeluang memaklumkan kepada kru sekiranya mereka ternampak sesuatu yang mencurigakan di luar pesawat.
Selain itu, pihak berkuasa penerbangan Singapura menjelaskan tingkap yang dibuka membantu pasukan penyelamat menilai keadaan di dalam kabin serta membolehkan mata penumpang menyesuaikan diri dengan cahaya di luar. Atas sebab itu juga, lampu kabin biasanya akan dimalapkan ketika penerbangan malam.
2. Kerusi perlu ditegakkan bagi memudahkan proses pemindahan

Gambar sekadar hiasan.
Image via Suhyeon Choi/UnsplashWalaupun kerusi yang disandarkan lebih selesa ketika pesawat sedang terbang, ia sebenarnya boleh menjadi halangan jika berlaku kecemasan.
Sandaran yang direbahkan mengurangkan ruang untuk penumpang di belakang bangun, bergerak ke lorong dan keluar dari pesawat dengan pantas.
Dalam situasi cemas, walaupun kelewatan hanya beberapa saat, ia boleh memberi kesan besar apabila ratusan penumpang sedang berebut untuk keluar.
Kerusi yang ditegakkan juga memudahkan penumpang mengambil posisi 'brace position' sekiranya diarahkan oleh kru kabin, sekali gus membantu mengurangkan risiko kecederaan ketika hentaman kuat.
3. Meja makan perlu dilipat bagi mengelakkan kecederaan

Gambar sekadar hiasan.
Image via Lifestyle AsiaMeja makan yang dibiarkan terbuka mungkin nampak remeh, tetapi ia sebenarnya mengurangkan ruang pergerakan penumpang ketika ingin keluar dari tempat duduk.
Jika berlaku pemindahan kecemasan, meja yang terbuka boleh melambatkan proses keluar dan menjadi halangan kepada penumpang lain.
Selain itu, meja tersebut turut menjadi permukaan keras yang boleh menyebabkan kecederaan sekiranya berlaku hentakan atau pendaratan cemas.
Bukan sekadar peraturan, tetapi demi keselamatan semua
Jadi selepas ini, apabila pramugari meminta anda membuka penutup tingkap, menegakkan kerusi atau melipat meja makan sebelum pesawat berlepas dan mendarat, jangan anggap ia sekadar rutin.
Setiap arahan tersebut memainkan peranan penting untuk memastikan proses pemindahan kecemasan dapat dilakukan dengan lebih cepat, selamat dan teratur sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via