Tercekik Kayu Sate Dalam Pesawat, Wanita Thai Tampil Saman Syarikat Penerbangan Singapura

Difahamkan, dia juga adalah bekas bintang pop kanak-kanak di Thailand.

Enlarge text

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bekas bintang pop kanak-kanak Thailand kini menyaman Singapore Airlines selepas dia dihidangkan sate yang menyebabkan dia tercekik

Buat orang ramai penerbangan jarak jauh bermakna kita boleh berehat dan menanti hidangan makanan ribuan meter di atas awan. Kos tiket sudah merangkumi kos makanan, ini bermakna kita tidak perlu lagi makan di lapangan terbang atau membawa makanan ke atas kapal terbang.

Tetapi lain buat bekas bintang pop dari Thailand iaitu Briohny Smyth yang kini sudah berumur 44 tahun.

Dia memfailkan saman terhadap syarikat penerbangan popular tersebut dengan mendakwa salah satu kayu sate itu telah "serpih" menyebabkan dia tertelannya tanpa disedari.

Kejadian ini sebenarnya telah berlaku pada tahun 2024, Briohny Smyth ketika itu dalam perjalanan ke Los Angeles pada 28 Julai tahun berkenaan.

Smyth mendakwa masalah tekak yang dihadapinya sejak insiden ini telah berpanjangan dan memberi banyak impak kepada kehidupannya.

SAYS.com

Smyth bersama anaknya.

Image via @yogawithbriohny / Instagram

Bintang pop kanak-kanak itu tercekik serpihan kayu sate sepanjang 3.8 sentimeter

Menurut laporan dari mothership, Smyth telah berjaya mengeluarkan serpihan kayu sepanjang 3.8cm.

Dia mendakwa kayu sate berkenaan telah membuat dia mengalami "kesakitan yang amat sangat dan gangguan emosi semasa cuba mengeluarkan" serpihan itu kerana kapal terbang tersebut masih di udara ke destinasi.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Resepi Che Nom

Smyth kemudian mengatakan dia tidak selesa secara berterusan pada bahagian kerongkong seperti keletihan vokal, suara serak, rasa ketat dan sakit apabila bercakap serta menyanyi bagi tempoh yang lama sejak insiden itu berlaku.

Kejadian ini memerlukannya untuk meneruskan rawatan dalam jangka masa panjang dan telah berjumpa dengan pakar ENT (Ear, Nose & Throat) yang menjumpai parut dan trauma di pita suaranya.

SAYS.com
Image via UNSPLASH

Smyth turut memohon pampasan buat semua kos rawatan yang telah dibuat dan yang akan berlaku, kekurangan pendapatan masa lepas dan hadapan, tekanan emosi dan lain-lain.

Menurut kenyataan Singapore Airlines kepada The Independent, pihak mereka belum dapat mengulas lanjut mengenai tindakan undang-undang yang sedang berjalan buat masa ini.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: