Pelakon Veteran Tanah Air, Kamarool Yusof Atau ‘Cik Man’ Dilaporkan Meninggal Dunia

Berita pemergian Allahyarham Cik Man disahkan anak bongsunya, Fakhrol Aliff.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Buletin TV3

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pelakon veteran, Kamarozaman Yusoff atau lebih dikenali dengan panggilan Cik Man, 68, meninggal dunia di Hospital Tanah Merah, Kelantan akibat masalah jantung tersumbat, pada jam 5.15 petang tadi

Menurut laporan Buletin TV3, berita pemergian Allahyarham Cik Man disahkan anak bongsunya, Fakhrol Aliff. Fakhrol memberitahu dia pulang ke rumah seketika sebelum dihubungi kakak sulung yang memaklumkan bapa mereka sudah pergi.

"Saya pulang ke rumah sekejap untuk bersihkan diri dan kira-kira jam 5.15 petang, kakak hubungi meminta segera datang ke hospital kerana abah sudah tidak ada," katanya.

SAYS.com

Arwah Cik Man (dua dari kiri) dan keluarganya.

Image via Foto Ihsan Keluarga Cik ManImage via

Fakhrol berkata, bapanya mengadu sakit perut beberapa hari lalu, lantas membawa arwah mendapatkan rawatan di hospital semalam, sebelum ditidurkan.

"Abah tak pernah sakit teruk sebelum ini. Tetapi dua tahun lalu, arwah pernah alami serangan jantung. Tetapi, selepas itu keadaannya baik-baik sahaja. Cuma, arwah selalu mengadu sakit perut seperti gastrik.

"Keadaannya semakin teruk semalam apabila dia mengadu sakit perut hingga ke belakang, macam angin. Kami ajak abah ke hospital tapi pada mulanya arwah enggan.

"Namun, disebabkan sudah tidak tahan sangat, semalam, kami bawa abah dapatkan rawatan di hospital,"
katanya.

Jenazah Allahyarham Cik Man dijangka dikebumikan di kampung halamannya di Tanah Merah, Kelantan, pada jam 11 pagi esok (Khamis)

Untuk rekod, Kamarool mula mencipta populariti menerusi watak Farouk dalam filem Gila-Gila Remaja pada 1986. Selepas itu dia dikenali dengan panggilan Cik Man kerana wataknya dalam filem Rock Oo arahan Allahyarham Mamat Khalid.

Berita duka itu turut dikongsikan oleh Malaysia Hari Ini (MHI) di media sosial rasmi mereka, "Baru sahaja bulan lepas kami berkesempatan borak borak dengan Cik Man, hari ini dapat perkhabaran duka Cik Man meninggal dunia. Innalillah, semoga Cik Man ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan dalam rahmat Allah. Terima kasih menghiburkan kami dengan karya-karya Cik Man. Al-Fatihah."

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: