Iklan Raya TNB Memang Iklan Paling ‘Best’ Setakat Ini! Siapa Sebenarnya Yang Hasilkan?
Memang nice lah!
Saban tahun kita pastinya akan disajikan dengan iklan raya di kaca TV mahupun di media sosial. Boleh cakap, iklan raya adalah antara benda yang kita nanti-nantikan sewaktu menjelangnya raya
Waktu ni macam-macam jenis iklan akan ditayangkan di kaca TV. Kelakar, sedih, kreatif semuanya ada.
Dan bagi tahun ini, nampaknya iklan raya dari Tenaga Nasional Berhad (TNB) betul-betul mencuri perhatian orang ramai. Suntingan dan effect yang dibuat amat berlainan dengan iklan-iklan raya yang sebelumnya.
Iklan ini mengisahkan tentang Aida yang terpaksa pulang lewat ke kampung halaman disebabkan kerja yang banyak di pejabat
Bukan tu saja, sebelum pulang raya Aida juga telah diamanahkan ibunya untuk membeli baju raya untuk adik-adiknya. Tak lupa juga buat kucing kesayangan mereka di kampung.
Beliau mula stress dan akhirnya membuat keputusan untuk mengambil tempahan membuat kuih raya untuk mencari duit lebih supaya dapat membeli pakaian adik-adiknya
Aida berjaya menyiapkan segala tugasan on time dan pakaian adik-adiknya pun telah berjaya dia sediakan. Kini tibalah masa untuk beliau ke kampung halaman.
Namun setelah tiba saja dia di stesen bas, sesuatu telah berlaku kepada dirinya...
Kesian Aida...
Sudah tonton video penuh iklan tersebut? Sangat kreatif dan nice kan? Jadi, siapa sebenarnya yang berada di sebalik tabir video ini?
Iklan tersebut sebenarnya telah dihasilkan oleh Reservoir Production (RP). Menurut info yang terdapat pada laman Facebook mereka, RP ditubuhkan pada tahun 2004 dan sudah banyak menghasilkan video-video iklan untuk syarikat-syarikat terkemuka di Malaysia.
RP ditubuhkan oleh Chow Chun Son dan Ryan Khoo. Dan kini bersama mereka beberapa orang direktor hebat antaranya Quek Shio Chan, Ismail Kamarul, Philip Rom dan ramai lagi.
Masih ingat iklan raya #LepasTu dari TNB tahun lepas? Ya, ia turut dihasilkan oleh mereka!
Dan baaaanyakkkkkkkk lagi.
Bukan setakat iklan, RP juga hasilkan beberapa short film yang hebat dan sangat seronok untuk ditonton. Malah, baru-baru ini, karya RP turut menang banyak kategori di Kancil Award 2017.
Good job guys! Teruskan menghasilkan video yang menarik dan menghiburkan. Like page mereka di SINI.