[VIDEO] 10 Iklan Raya 2016 Yang Sangat Bijak Bermain Dengan Emosi
Sedih, sebak, kelakar, semuanya ada. Memang lengkap!
1. Malaysia Airlines Berhad (MAB) - #BolehAdikIkut
Lucu melihat gelagat si adik kecil ini memujuk ibu bapanya dengan soalan, "Boleh tak adik ikut?" berulang-ulang kali. Siapakah adik yang dimaksudkan tu?
Video ini sedang trending dan menjadi buah mulut orang ramai sampai dapat beribu-ribu shares dalam masa yang singkat. Anda dah tengok ke belum? Kalau belum, jom layan video dari Malaysia Airlines di bawah. Serius terbaik!
2. Tenaga Nasional Berhad (TNB) - #LepasTu
Kalau tiba-tiba raya tahun ni budak-budak minta maaf dengan cara yang berbeza, ia mungkin kerana mereka dipengaruhi iklan ini.
3. Bank Simpanan Nasional (BSN) - Pengacau Balik Raya
Sebelum ini pengacau raya, Aloysius kembali menjadi pengacau balik raya. Apa pula yang dikacau si Aloy kali ni ya?
4. Astro Gempak - Kisah Benar Zika. #BerikanMasa
Zika memberontak setelah ayahnya menjadi terlalu sibuk dan tiada masa lagi untuk dirinya yang sedang meningkat dewasa. Nilai keluarga yang diterapkan selama ini musnah.
5. SkyWorld - The Missing Ingredient
"Rendang ni sedap. Tapi macam ada ramuan yang kurang. Awak ada terlupa nak letak sesuatu ke?"
Nikmat makan rendang memang tak akan lengkap tanpa yang satu ini.
6. PETRONAS - Vroom Vroom
Itulah ayah. Dalam apa jua situasi sekalipun, si ayah akan sentiasa pastikan si anak ceria dan gembira sepanjang masa.
7. MYNIC - #bahuluemak
Adam yang bercita-cita tinggi untuk memajukan bisnes bahulu ibunya berusaha sedaya-upaya dalam merealisasikan impiannya itu.
8. EcoWorld - Syawal Dirai Keluarga Dihargai
Dua beradik, Zamani dan Iyliana ceritakan pengalaman balik raya setiap tahun dan karenah ibu bapa mereka yang sentiasa kelam kabut.
9. Maxis - #Sarikatahati
Ibu dan ayah selalu bertanya tentang telefon mereka – “Apa benda WhatsApp ni?”, “Saya kena pergi ke app store – jauh ke?”
Teknologi memudahkan kita untuk berhubung dengan mereka yang tersayang. Tetapi bagaimana pula dengan mereka yang ketinggalan?