seismik

7 Iklan Raya 2015 Yang Menyentuh Perasaan Dan Memberi Pengajaran

Iklan raya tahun 2015 tidak kurang hebatnya dan banyak menyelitkan pengajaran yang boleh kita terapkan dalam kehidupan seharian.

Cover image via youtube.com

1. Pak Cik Misteri - Telekom Malaysia (TM). Mengajar kita untuk sentiasa berbuat baik walaupun dengan orang yang tidak kita kenali.

2. Kad Raya Syafiqa - PTS Media Group. Walaupun usia Syafiqa masih muda, dia telah memberi satu pengajaran yang sangat bermakna kepada gurunya.

3. Kisah Benar Herman - Astro Gempak. Sebesar mana pun kesalahan yang telah kita lakukan sebelum ini, ingatlah bahawa tiada noktah untuk kemaafan.

4. #SyukurSelalu - TV3. Lihatlah dengan mata hati, nescaya kita akan lebih bersyukur dengan apa yang kita miliki selama ini.

5. Potret Teristimewa - Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, JKKN Perak. Syahirah hanya mahukan satu hadiah untuk Hari Raya, iaitu Ayah.

6. Baju Raya Hitam - Jabatan Imigresen Malaysia. Kekangan kerja memaksa penjawat imigresen untuk tetap bekerja di Hari Raya bagi memastikan keselamatan negara.

7. Bandar-Raya - Naza TTDI. Apabila si anak tak boleh balik raya ke kampung, apa yang atuk dan nenek lakukan?

Apa kata kita layan pula koleksi video raya tahun lalu. Masih ingat lagi semuanya?

You may be interested in: