Jika Terlibat Dalam Kemalangan, Ini 4 Perkara Yang Wajib Anda Lakukan. Jangan Lupa!
Ambil perhatian semua!
Artikel ini ditulis oleh Naim Fital di laman Facebook, kemudian diambil dan dikongsi semula di SAYS atas kebenaran beliau.
ACCIDENT? WHAT TO DO?
With due respect, sekiranya ada dalam kalangan anda yang mempunyai ilmu yang lebih luas, anggaplah ini perkongsian dan peringatan semula sahaja.
Sejak memfokuskan diri dalam kes-kes kemalangan jalan raya @ personal injury cases 5 bulan yang lalu, ada beberapa perkara yang saya fikirkan wajar diberitahu kepada rakan-rakan sekalian untuk kepentingan dan hak anda juga apabila berlaku kemalangan. Nauzubillahi min zalik. Bukan meminta, tapi malang kan tidak berbau. Maka sediakan payung sebelum hujan adalah lebih baik. Tips-tips ini saya kembangkan daripada isu-isu yang kebanyakannya melibatkan anak guam saya sendiri yang kadang kala kekurangan "evidences" disebabkan tiada pengalaman dan ilmu tentang apa yang perlu dibuat apabila berlakunya "accident".
PERTAMA : SEGERA AMBIL GAMBAR
Gambar adalah sangat penting sebagai bahan bukti. Di zaman yang serba canggih ini, saya percaya 95% pengguna telefon pintar di Malaysia pakar dalam mengambil gambar.
Tanpa mementingkan kualiti, sekiranya anda berada dalam keadaan sedar dan mampu memegang telefon, pastikan anda mengambil gambar kenderaan yang melanggar anda, no plat kereta, lokasi kejadian, kedudukan kereta dan sisi kereta yang dilanggar.
Sekiranya, anda cedera teruk, x mampu berbuat apa-apa, maka pesanlah pada orang awam yang ada di sekeliling untuk ambil kan gambar di lokasi kejadian.
Kenapa? Ini bagi membantu siasatan pihak polis juga. Kerana ada kalanya pihak polis lewat sampai, atau laporan polis lewat dibuat dan menyebabkan pada hari siasatan dijalankan, kesan kemalangan dan serpihan2 kenderaan sudah dibersihkan dek hujan & angin. Natijahnya, evidences utk buktikan kes menjadi sedikit tidak sempurna.
KEDUA: AMBIL NO TELEFON
Ya, ini satu lagi kesilapan ramai di antara mangsa-mangsa kemalangan jalan raya. Maklumlah, "accident" ini bukan perkara rutin yang berlaku setiap hari dalam hidup kita kan? Jadi untuk fikir ambil no telefon dan ambil gambar ni adalah jauh sekali ! yelah, tengah sakit, patah riuk ni, ada kesempatan lagi ke nak fikir semua tu kan? Mestilah tidak bukan.
Jadi, pesanan saya, ambil lah no telefon orang yang mula-mula datang membantu anda ketika anda kemalangan tersebut. Lebih baik lagi kalau orang itu menyaksikan & tengok kemalangan tu berlaku. WHY? sebab kita perlukan keterangan org tersebut sebagai Saksi Bebas.
Rata-rata, bila saya tanya "encik, ada tak sesiapa yang tengok kejadian accident ni? ada tak dia datang tolong encik"? Jawapannya ADA.
Tapi bila saya tanya "okeyh encik kenal tak siapa orang tersebut? boleh tak contact dia untuk buat report polis?" Jawapannya ALAA SAYA TAKDE PULAK, TAK TERFIKIR PUN NAK AMBIL NO TELEFON. :(
so sad rite? Jadi dalam keadaan mcm ni, evidence jadi sedikit lemah untuk membuktikan dakwaan kita terhadap orang yang melanggar kita. See? Penting kan ambil no telefon orang yang tolong kita masa kemalangan. Barangkali dia boleh membantu kes anda di Mahkamah.
KETIGA : SEGERA KE HOSPlTAL
Oh please jangan menyinggah balik rumah dulu atau ke kedai dulu. Direct go to the hospital. Kalau yang cedera teruk, sure ambulance akan bawak terus ke hospital. Ni yang jenis accident patah tangan, kemudian boleh jalan, pergi balik rumah dulu dan tdur dulu..esok baru nak pergi hospital.
Please jangan delay ke hospital untuk dapatkan pemeriksaan dan rawatan dari Emergency Department. Isu lewat ke hospital ni akan mencacatkan kes anda.
yelah, accident pukul 10 pagi, 10 malam baru ke hospital, kemudian anda claim anda patah tangan (misalnya). Other side boleh simply kata, dalam tempoh 12 jam lepas accident, entah2 anda ni da jatuh kat bilik air kemudian patah tangan, dan ia bukanlah disebabkan oleh accident jalan raya pukul 10 pagi tadi. See? Jangan beri ruang untuk orang pertikai kesahihan kecederaan anda. So bersegeralah ke hospital sesudah kemalangan.
Atau anda bersedialah dengan jumlah ganti rugi yang kecil sahaja disebabkan ada keraguan terhadap kecederaan tersebut.
KEEMPAT : SEGERA REPOT POLIS
Tak kiralah sama ada anda ni ada lesen atau tak. Kalau da involve dalam kemalangan dan menyebabkan kecederaan kat tubuh badan anda, maka SEGERALAH repot polis. Jangan tunggu sehari, seminggu hatta sebulan baru nak pergi buat repot.
*unless kalau memang tiada daya upaya seperti terlantar di hopsital untuk sebulan lamanya. maka buat la report sesudah itu.
*unless kalau kecederaan yang teruk sehingga menyebabkan mental disorder, atau memory impairment. Maka ahli sedara yang tahu akan kemalangan tersebut segeralah buat laporan polis agar pihak polis boleh proceed dgn siasatan.
Untuk adik2 yang takde lesen ni, adik jangan la risau sampai tak nak buat report. Saman sebab x de lesen tetap kena bayar! Tapi jangan bimbang, hak adik untuk tuntut terhadap kecederaan masih dilindungi di bawah undang-undang. *terpakai juga untuk abang2 yang xde lesen,
Kalau lambat buat repot, boleh jadi anda akan dituduh mereka-reka cerita. yelah, wujud je kes-kes mcm ni kat luar sana demi mengaut keuntungan daripada tuntutan kecederaan tersebut.
Lagi satu, akibat kalau x buat repot polis. Bagi pihak yang melanggar ni. Boleh jadi insurans xnak bertanggungan. Bila insurans tak nak tanggung, haaa parah atas kepala.
KESIMPULAN:
Jadi beringat lah yeaa semua. Semoga yang membaca perkongsian ini dapat sampai-sampaikan kepada rakan-rakan taulan yang lain akan perkara-perkara di atas. Sememangnya bukan perkara yang fun kalau hari-hari saya baca repot "pecah kepala" "putus jari" "pecah kepala lutut" "siku bengkok" atau "paralys" dan "kematian". Maka, sayangilah nyawa anda, serta persiapkanlah ilmu, agar apabila tiba hari yang tidak berbau ini, hak anda dapat dilindungi dengan baik di sisi undang-undang. insyaAllah doakan saya rajin menulis lagi untuk tips2 seterusnya.
Terima kasih.