Segala Intipati Penting RMK-11 Yang Bakal Teraju Malaysia Ke Wawasan 2020
Perdana Menteri berkata RMK-11 ini adalah "pecutan terakhir" bagi Malaysia dalam mencapai status negara berpendapatan tinggi.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah membentangkan Rancangan Malaysia Ke-11 pada 21 Mei 2015 di Dewan Rakyat
Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11), 2016-2020 merupakan rancangan pembangunan lima tahun terakhir ke arah merealisasikan matlamat Wawasan 2020
RMK11 yang berasaskan Strategi Pembangunan Nasional Malaysia (MyNDS) memberikan tumpuan terhadap penyampaian hasil berimpak tinggi yang cepat kepada ekonomi modal (capital economy) dan ekonomi rakyat (people economy) dengan kos berpatutan. RMK11 memberikan lebih tumpuan kepada ekonomi rakyat, iaitu rakyat akan menjadi tunjang dan keutamaan dalam semua usaha pembangunan negara.
epu.gov.myTema Rancangan Malaysia Ke-11 adalah Pertumbuhan Berpaksikan Rakyat
Dalam RMK11, Datuk Seri Najib menekankan bahawa rakyat adalah tonggak kemajuan negara.
RMK11 adalah rancangan dimana kerajaan akan memastikan semua lapisan rakyat dapat menikmati kemajuan negara.
Enam teras strategi Rancangan Malaysia Ke-11 adalah:
2. Meningkatkan kesejahteraan rakyat.
3. Meningkatkan pembangunan modal insan untuk negara yang maju.
4. Menuju ke arah pertumbuhan hijau meningkatkan kemantapan dan daya saing.
5. Memperkukuh infrastruktur menyokong pertumbuhan ekonomi.
6. Penerapan pertumbuhan ekonomi untuk peningkatan kemakmuran. bernama.com
Kerajaan akan mempraktikkan langkah-langkah ini sebagai pemangkin ke arah lonjakan bagi menjana pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan kesejahteraan rakyat:
2. Menjana kekayaan melalui inovasi.
3. Mempertingkat peratusan masyarakat kelas menengah.
4. Menteraskan pendidikan dan latihan teknikal (TVET).
5. Melaksana pertumbuhan hijau.
6. Melabur di bandar-bandar berdaya saing. bharian.com.my
1. Inklusiviti
a) Kerajaan mensasarkan pendapatan purata isi rumah B40 meningkat daripada lebih kurang RM2500 sebulan pada tahun 2014 kepada lebih RM5000 sebulan pada tahun 2020.
b) Klinik 1Malaysia, Menu Rakyat 1Malaysia, Kedai Rakyat 1Malaysia, Kedai Kain 1Malaysia dan Kedai Agrobazaar Rakyat 1Malaysia akan terus dilaksanakan.
c) Kerajaan juga akan terus melaksanakan dasar yang menentukan pembabitan wanita di peringkat pengurusan dan pembuat keputusan pada kadar 30 peratus di sektor awam dan swasta.
d) Kerajaan telah mengumumkan cadangan pelaksanaan tiga projek perintis bagi 1Malaysia Youth City dengan peruntukan sebanyak RM100 juta bagi membolehkan belia meningkatkan keupayaan dan memajukan diri dalam pekerjaan dan keusahawanan di samping menikmati kemudahan rekreasi, perumahan, termasuklah rumah transit.
e) Bagi golongan kanak-kanak pula, pusat penjagaan kanak-kanak berkeperluan khas akan diperbanyakkan. Selain itu, bagi yang berumur 13 hingga bawah 18 tahun, dan tinggal di institusi kebajikan akan diberi peluang untuk mendapatkan pendidikan dan latihan teknikal serta vokasional (TVET).
f) Kemudahan penjagaan warga emas akan ditambah baik dan diperbanyakkan dari masa ke semasa sepanjang tempoh rancangan ini.
g) Golongan orang kurang upaya, akan diperluaskan peluang pendidikan, latihan kemahiran dan keusahawanan.
2. Kesejahteraan rakyat
a) Tahap kesihatan rakyat dan kualiti penjagaan kesihatan akan terus dipertingkatkan. Bilangan katil di kedua-dua hospital awam dan swasta akan ditingkatkan sebanyak 25 peratus kepada 73 ribu katil pada tahun 2020.
b) Pembinaan enam hospital baru di Kemaman, Bentong, Baling, Pendang, Pasir Gudang dan Maran akan dijalankan.
c) Sebanyak 165 buah Klinik 1Malaysia akan dibina dengan kos sebanyak RM33 juta.
d) Lebih ramai pakar perubatan dan kakitangan kesihatan yang berkemahiran tinggi akan disediakan.
e) Bayaran Hospital Kerajaan dan Klinik 1 Malaysia hanya RM1 bagi rawatan pesakit luar.
f) Kerajaan akan meneruskan agenda pemilikan perumahan rakyat semenjak 2013. Kerajaan mensasarkan untuk membina 1 juta rumah mampu milik untuk rakyat.
g) Rancangan untuk melahirkan lebih ramai atlet yang cemerlang, di bawah RMK11, Universiti Malaya dipilih untuk menumpukan kecemerlangan dalam sukan badminton, manakala Universiti Teknologi MARA akan menumpukan kepada kecemerlangan sukan bola sepak.
3. Pembangunan modal insan
a) Aktiviti kesenian akan dipergiat dengan menaik taraf Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) dalam usaha menghasilkan penggiat seni dan budayawan yang berkaliber.
b) 1.5 juta peluang pekerjaan baru bakal diwujudkan. Antara langkah yang akan diambil ialah menambah baik produktiviti buruh dan gaji, serta mempertingkatkan kecekapan operasi pasaran buruh.
c) Merujuk kepentingan dan kebajikan warga kerja, kerajaan akan memperkenalkan Indeks Gaji Nasional sebagai petunjuk dan penanda aras kepada majikan dalam menetapkan gaji yang setimpal dengan produktiviti, kemahiran, kelayakan dan kepakaran pekerja.
d) Kerajaan akan memastikan lebih ramai pelajar yang mendapat pendidikan berbentuk kemahiran dan vokasional dilatih dan dilahirkan, yang jumlahnya kini hanya 25 peratus daripada tenaga kerja.
e) Meningkatkan kualiti penyampaian pendidikan, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 sedang dilaksanakan dengan rapi iaitu dengan melaksanakan penguasaan dalam pendidikan STEM atau Science, Technology, Engineering, Mathematics dan Bahasa Inggeris serta Bahasa Malaysia.
4. Pertumbuhan hijau
a) Malaysia akan melaksanakan projek Rancangan Tebatan Banjir atau RTB seperti RTB Sungai Kelantan secara bersepadu melalui pembinaan empangan Nenggiri dan Lebir bagi mengatasi masalah banjir.
b) Projek-projek lain termasuklah RTB Sungai Kuantan, Pahang, Sungai Moyog di Sabah, Sungai Perak dan Sungai Kemaman di Terengganu.
5. Infrastruktur
a) Pembinaan rangkaian jalan raya, Lebuh Raya Pan Borneo sepanjang 2239km yang sedang dibina di Sabah dan Sarawak.
b) Pembinaan Klang Valley Mass Rapid Transit Laluan Sungai Buloh ke Kajang, Laluan Sungai Buloh - Serdang - Putrajaya dan LRT3, kesemuanya akan berlangsung dalam RMK-11.
c) Pembinaan High Speed Rail yang akan menjajari Bandar Malaysia di Kuala Lumpur, hingga ke Jurong East di Singapura akan dilaksanakan.
d) Menjelang 2020, semua isi rumah di ibu negeri dan kawasan pertumbuhan berimpak tinggi akan mendapatkan akses perkhidmatan jalur lebar berkelajuan 100 megabit sesaat. Manakala, penduduk di kawasan pinggir bandar dan luar bandar pula akan dapat akses perkhidmatan jalur lebar 20 megabit sesaat.
6. Pertumbuhan ekonomi
a) Malaysia akan terus membudayakan inovasi yang membawa kepada peningkatan produktiviti dalam semua peringkat, sama ada di peringkat nasional, industri mahupun perusahaan. Untuk mencapai matlamat itu, satu Blueprint Produktiviti Nasional akan digubal bagi menggariskan hala tuju serta merangka tindakan komprehensif lagi spesifik dalam memacu produktiviti.
b) Oleh itu, Majlis Produktiviti Nasional akan diwujudkan.
c) Pasukan Petugas Logistik Kebangsaan akan ditubuhkan untuk menyelaras, dan memantau pelaksanaan Pelan Induk Logistik dan Fasilitasi Perdagangan.
d) Sektor industri pengangkutan dan penyimpanan dijangka berupaya mewujudkan sejumlah 146000 peluang pekerjaan baru berkemahiran tinggi kepada rakyat.
e) Selaras itu, kerjasama penyelidikan antara kerajaan, industri dan ahli akademik akan terus diperkemas dengan kerjasama Steinbeis Malaysia Foundation, SIRIM-Fraunhofer dan Jaringan Penyelidikan Awam Swasta yang ditubuhkan bagi meningkatkan pengkomersialan hasil penyelidikan.
f) Sektor-sektor utama seperti perkhidmatan, pembuatan, pertanian, perusahaan kecil dan sederhana akan terus dipastikan bagi sumbangannya kepada KDNK negara. Antara industri yang akan digalakkan adalah kewangan Islam, ICT, minyak dan gas, penjagaan kesihatan swasta, pendidikan tinggi swasta, pelancongan dan industri Halal.
g) Bagi merancakkan pertumbuhan eksport baru-baru ini, Majlis Eksport Negara telah ditubuhkan.