'Kalau Isteri Awak Dah Awak Rosakkan, Pandai-Pandailah Jaga. Bukan Pakai Buang'
Sebab itu berpantang sangat penting.
Isteri pakai buang.
Selepas bersalin adalah dimana sang suami akan nampak sifat dan sikap sebenar siapa isterinya.
Tetapi ramai tak tahu bagaimana keadaan isteri selepas bersalin adalah gambaran bagaimana suami tu jaga isteri dalam pantang.
Jangan pandai merungut isteri tak cergas, isteri lembik, isteri pemalas, isteri gemuk, isteri tak pandai jaga anu, bla...bla....bla..... selepas bersalin.
Cuba tanya diri
Anda beri isteri rehat secukupnya tak masa berpantang?
Anda beri peruntukan untuk isteri membeli ubat dan menempah tukang urut tak?
Anda ringankan beban kerja rumah isteri tak masa berpantang?
Masalahnya zaman sekarang ramai kaum lelaki yang sudah bergelar suami menyelar amalan berpantang selepas bersalin.
Outdated katanya.
Kolot.
Syirik!!!
Wah3......
Bila si isteri dah dapat penyakit akibat tidak berpantang elok2, disebabkan nak taat dengan perintah anda agar tidak berpantang....mengapa hanya pandai merungut?
Kemudian tempat lampisan luahan hati "suami yang teraniya" ni pula ditujukan pada kaum perempuan yang teman tapi mesra.
Dan perempuan tu pula yang tak pernah bersuami dan beranak, heboh mencanang mengapa si lelaki ni bermain kayu tiga. Alasan...isteri tak pandai jaga suami.
Wahai suami-suami...
Kalau isteri awak dah awak rosakkan....pandai2lah jaga. Bukan pakai buang.
Kalau awak jaga isteri awak elok2 cara orang Melayu berpantang, isteri awak boleh jadi lagi elok dari anak dara kat luar sana tau.
Dan jangan ingat awak kahwin anak dara, dia lagi elok.
Anak dara sekarang pun dah melambak ada masalah keputihan, masalah hormon, kentut faraj bagai k....
Wahai adik-adik...
Selagi kamu tak pernah hamil dan bersalin jangan suka2 cerca orang.
Awak tak tahu bagaimana isteri teman tapi mesra awk tu berkorban nyawa dan tubuh badan untuk melangsaikan amanah sebagai seorang isteri dan ibu.
Silap2 awak kahwin dengan lelaki jenis macam tu....
Awak pun akan terpakai buang juga akhirnya.
Sumber: Siti Aishah
Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!