*Siapa sangka, pelajar perempuan yang selalu menyapu dalam kelas sebelah itulah isteri saya hari ini. Tak pernah bertegur sapa, apatah lagi berbual mesra, itulah yang jadi bidadari saya hari ini. Kami kahwin sebaik sahaja saya tamat Tahun 3. Alhamdulillah… Kalau perasan, kisah bersama isteri ini dicoret dalam buku-buku saya* ***"Hikayat Budak PhD"*** *dan* ***"Hikayat Budak Universiti".***
*KESIMPULAN
Persoalan jodoh adalah suatu rahsia. SI DIA adalah seorang insan yang merupakan rahsia Allah swt. Dia akan datang, apabila tiba masa yang Allah swt izin dan tetapkan. KITA perlu sediakan diri sendiri sebaik mungkin, masanya akan tiba kita disatukan dengan jodoh kita.
Jangan terlalu risaukan siapa jodoh kita, kerana terlalu merisaukan siapa jodoh kita akan buat kita hilang fokus kepada matlamat-matlamat kehidupan yang lain seperti kejayaan akademik, bakti kepada ibu bapa, tarbiah dan dakwah, khidmat kepada masyarakat, dan sebagainya.
Jangan terlalu risaukan bila tarikh nikah kita, kerana terlalu merisaukan bila jodoh kita akan buat kita panik tanpa haluan. Ada masanya, terlalu risaukan hal jodoh sampai kita mudah lupa Tuhan, atau mempersoalkan ketentuan dan takdir Tuhan, bahkan lupa soal maut.
Mungkin jodoh kita ada depan mata, tetapi masanya belum tiba…
Ingatlah, belum bernikah itu satu ujian, sudah bernikah juga satu ujian.
Jodoh itu rahsia Allah SWT. Boleh baca Hadis 4 dalam buku Hadis 40 oleh Imam Nawawi atau kisah cinta Islami dalam novel "Isteri Untuk Dia"…*
Dr [Syahr Musafir](https://www.facebook.com/syahr.musafirzawawi/posts/10153894043995736:0)
Page [Inspirasi Dr Syahr Musafir & Rahimah AR](https://www.facebook.com/syahrahimah/)
24/11/2016