seismik

Jangan Jadi Agen Syaitan - Lelaki Ini Tegur Penggiat Seni Agar Tidak Hasilkan Drama Sampah

"Aku tengok sebagai hobi je, suka-suka, bukan aku buat pun"

Cover image via SAYS

Kalau anda perhatikan, bermacam-macam jenis drama yang disiarkan di kaca televisyen pada masa kini. Selain itu, filem-filem Malaysia juga kebanyakannya merupakan kisah dan cerita yang diadaptasi dari novel-novel terkenal tanah air.

Bercakap mengenai novel, semestinya novel kisah cinta menjadi pilihan penggiat-penggiat seni tanah air untuk diadaptasikan menjadi sebuah drama dan filem. Antaranya seperti Ombak Rindu, Pilot Cafe, dan yang sangat hit baru-baru ini iaitu Suri Hati Mr Pilot. Boleh dikatakan filem-filem dan drama ini mendapat sambutan hebat dari orang ramai. Apatah lagi, hero dan heroin yang melakonkan watak-watak tersebut adalah pelakon-pelakon terkenal tanah air.

Mungkin dari pandangan anda, ia adalah sebuah filem dan drama yang sangat menarik kerana penuh dengan konflik hubungan suami isteri dan keluarga. Namun tidak bagi seorang netizen ini iaitu Dr Syahr Musafir.

Dr Syahr Musafir (tengah).

Image via Syahr Musafir/Facebook

Menurutnya, menerusi drama tersebut maksiat dan dosa diperlihatkan sebagai indah, menggembirakan, mendapat cinta sejati dan digambarkan sebagai biasa, bukan dosa besar

Remaja lelaki berpeleseran dengan remaja perempuan. Atau lelaki dan perempuan berdua-duaan di tempat sunyi. Atau berzina tidak dianggap berdosa. Atau kes buli di sekolah atau di luar sekolah. Atau kejadian derhaka si anak kepada ibu bapa. Atau pengambilan dadah cara komersial. Atau banyak lagi kes-kes juvana dan jenayah yang ada.

Semua itu dipengaruhi oleh banyak faktor. Salah satu yang faktor terhebat adalah adegan-adegan dalam rancangan di televisyen dan filem-filem.

Contoh:

facebook.com

1) Pilot Cafe- Berzina sebelum nikah, tinggal serumah lelaki dan perempuan bukan mahram, tinggal serumah si lelaki dengan bibik bukan mahram, si lelaki nak kahwini wanita zina yang belum bertaubat, akhirnya wanita zina nak kahwini lelaki zinanya kerana cinta yang diperindahkan sebagai cinta sejati. Ini kisah yang punya jalan cerita cinta tahi kucing!

facebook.com
Image via www.drama4u.net

2) Suri Hati Mr Pilot- Si gadis menolak cadangan si ayah untuk berkahwin dengan lelaki yang tidak dikenalinya lalu melarikan diri dari rumah dan keluarga (dinampakkan sebagai tidak salah), setelah beberapa tahun si anak perempuan berjauhan, tidak berjumpa ibu bapa dan tidak menghubungi mereka akhirnya ketemu si ibu bapa langsung tidak menunjukkan kerinduan dan minta maaf secara sungguh-sungguh. Ini kisah anak derhaka, yang menganjurkan lari dari rumah untuk dapat kononnya kesempurnaan hidup.

facebook.com

3) Ombak Rindu dan pelbagai filem/drama sampah lain - Lelaki jahat akhirnya berubah jadi sweet sampai ada golongan lelaki di alam realiti yang berpendapat "Biarlah aku jadi jahat sekarang nanti nak kahwin aku jadi baik dan aku jadi suami yang romantis" dan golongan wanita berkata "Aku pilih lelaki jahat untuk jadi calon suami kerana aku percaya mereka akan berubah jadi suami yang romantik macam dalam filem itu ini." Wanita kotor yang berzina akhirnya mendapat perhatian orang dan dijadikan isteri oleh seorang lelaki soleh sehingga ada remaja yang berkata "Sex is just for fun bila I nak kahwin I kahwinlah dengan ustaz atau orang agama, sama macam dalam filem." Isteri menengking suami dengan kasar, mempersoalkan itu ini dan pelbagai lagi.

Maksiat dan dosa diperlihatkan sebagai indah, menggembirakan, mendapat cinta sejati dan digambarkan sebagai biasa, bukan dosa besar. Maka dengan sebab itulah anak-anak, remaja lelaki dan perempuan bahkan orang dewasa dan tua mula berfikir cara sebegitu, tidak rasa janggal dengan perbuatan dosa dan akhirnya melakukannya tanpa sedar, sama ada secara langsung atau tidak langsung.

facebook.com

Beliau berpesan kepada penggiat seni agar mengubah cara mereka berfikir dalam menghasilkan sesebuah drama dan filem. Jangan jadi agen syaitan yang merosakkan manusia dan masyarakat.

Sebagai ibu bapa, kawallah apa yang dibaca dan ditonton oleh anak-anak.

Sebagai remaja, belia dan orang dewasa, pilihlah bahan bacaan dan bahan tontonan yang betul, bermanfaat dan sebaiknya menambahkan iman.

"Aku tengok sebagai hobi je, suka-suka, bukan aku buat pun" - Jika ini alasan kita, hobi ini adalah sia-sia. Ubahlah hobi kita. Masih belum terlambat.

facebook.com

Salah satu babak di dalam filem Ombak Rindu.

Image via koolcampus.net

"Hak akulah nak hobi apa pun" - Jika ini keyakinan kita, mereputlah kita dalam maksiat yang diperhiaskan sebagai kebaikan seperti yang Allah swt sebutkan dalam al-Qur'an.

Wahai penggiat seni, tolonglah ubah cara fikir. Jadilah agen kebaikan yang menonjolkan kebaikan agama dan mencegah kemungkaran syaitan. Jangan jadi agen syaitan merosakkan manusia dan masyarakat, tidak kira sama ada secara langsung atau tidak langsung. Masih belum terlambat.

facebook.com

Kredit: Syahr Musafir.

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Menarik di SAYS:

You may be interested in: