400,000 Belia Masih Menganggur Hingga Jun Tahun Ini – Menteri Belia Dan Sukan

Difahamkan, kerajaan menyasarkan pengurangan kadar pengangguran belia 15 hingga 30 tahun menjelang 2030.

Cover ImageCover image via Harian Metro & Sinar Harian

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kira-kira 400,000 belia berumur 15 hingga 30 tahun di negara ini masih menganggur dengan kadar 6.3%

Data ini telah dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) pada Jun lalu.

Dilaporkan oleh Harian Metro, Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari mengatakan bagi aspek guna tenaga tidak penuh berkaitan kemahiran.

Statistik DOSM pada Suku Tahun Kedua 2026 menunjukkan kadar belia bagi umur 15 hingga 24 tahun adalah 74.3% yang melibatkan 476,300 orang.

"Kumpulan ini merujuk kepada belia bekerja yang berpendidikan tertiari tetapi bekerja dalam kategori pekerjaan separuh mahir dan berkemahiran rendah," katanya.

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sentiasa memberi perhatian mengenai isu pengangguran dan guna tenaga tidak penuh dalam kalangan belia.

SAYS.com

Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari

Image via Harian Metro

Pelan Pemerkasaan Sosioekonomi Belia 2030 menjadi kerangka untuk menangani cabaran sosioekonomi belia

"Sejajar dengan cabaran itu, Pelan Pemerkasaan Sosioekonomi Belia 2030 menjadi antara kerangka strategik kerajaan untuk menangani cabaran sosioekonomi belia, termasuk belia di luar Lembah Klang, melalui tiga matlamat utama, iaitu menjana ekonomi belia, memperkukuh kesejahteraan dan inklusiviti belia serta mempergiat pembangunan mampan.

"Pelan ini dilaksanakan melalui 10 strategi dan 24 inisiatif, dengan pembabitan 76 rakan kolaborasi merentas kementerian dan agensi, antaranya Kementerian Sumber Manusia (KESUMA), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM),"
katanya.

Pelan Pemerkasaan Sosioekonomi Belia 2030 adalah menetapkan sasaran mengurangkan kadar pengangguran belia berumur 15 hingga 30 tahun kepada 6.5% menjelang 2030.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Kosmo

Manakala itu, kadar guna tenaga tidak penuh berkaitan dengan kemahiran belia disasarkan dikurangkan kepada 50.1% daripada 51.7%.

Petunjuk yang boleh dilihat sekarang adalah kebolehpasaran graduan Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) iaitu kadar kebolehpasaran graduan ILKBS pada tahun 2025 adalah 96.41% dan tahun 2026 adalah 96.46%.

Pada masa yang sama, purata gaji keseluruhan graduan juga telah meningkat daripada RM1911.67 pada tahun 2023 kepada RM2,079.85 pada 2025.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: