Kanak-Kanak Bukan Warganegara Boleh Masuk Sekolah Kerajaan, Ini Syaratnya

Difahamkan, kemasukan mereka tertakluk kepada Akta Pendidikan 1996 (Akta 550), Peraturan-Peraturan Pendidikan 1998 serta prosedur KPM yang sedang berkuat kuasa.

Cover ImageCover image via Kosmo! & Berita Harian

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kanak-kanak berstatus bukan warganegara Malaysia masih berpeluang mendapatkan pendidikan di sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan sekiranya memenuhi syarat yang ditetapkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Seri Fatimah Abdullah, berkata kelayakan itu diberikan kepada kanak-kanak yang mempunyai sekurang-kurangnya seorang ibu atau bapa kandung berstatus warganegara Malaysia.

Menurut laporan Kosmo!, kemasukan mereka tertakluk kepada Akta Pendidikan 1996 (Akta 550), Peraturan-Peraturan Pendidikan 1998 serta prosedur KPM yang sedang berkuat kuasa.

Menurutnya, maklumat ibu atau bapa kandung yang merupakan warganegara Malaysia perlu dinyatakan dalam sijil kelahiran kanak-kanak berkenaan bagi tujuan kemasukan ke sekolah.

Beliau menjelaskan bahawa status kewarganegaraan dan akses kepada pendidikan merupakan dua perkara berbeza.

SAYS.com

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Seri Fatimah Abdullah

Image via Berita HarianImage via

Dalam pada itu, rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menunjukkan seramai 224 kanak-kanak yang dilahirkan di Sarawak didaftarkan sebagai bukan warganegara bagi tempoh Januari hingga Ogos 2026

Fatimah berkata, antara faktor utama yang menyebabkan kanak-kanak didaftarkan sebagai bukan warganegara atau diberikan sijil kelahiran berwarna merah jambu ialah perkahwinan ibu bapa yang tidak didaftarkan atau tidak diiktiraf mengikut undang-undang Malaysia.

Faktor lain termasuk ibu yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah serta kes kanak-kanak yang ditemukan atau ditinggalkan.

Sehubungan itu, kerajaan negeri mempergiat usaha menangani isu berkenaan menerusi dialog bersama komuniti dan kempen kesedaran bagi menggalakkan pendaftaran perkahwinan secara sah.

Kerajaan negeri turut membantu ibu yang dilahirkan di Sarawak tetapi tidak mempunyai dokumen pengenalan diri untuk mendapatkan dokumen berkenaan melalui saluran serta prosedur yang ditetapkan di bawah Ordinan Pendaftaran Kelahiran dan Kematian Sarawak (Bab 10).

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: