seismik

Isteri Sarat Mengandung Dibakar Hidup-Hidup Kerana Gagal Beri Kerbau

Hanya kerana gagal memberi hantaran perkahwinan, seorang suami bertindak ganas dengan membakar isterinya yang sedang sarat mengandung.

Cover image via imgur.com

Seorang Isteri Yang Sedang Sarat Mengandung Di Myapur, India Telah Dibakar Hidup-Hidup Oleh Suaminya Sendiri Sehingga Melecur

Rihana Shekh Dhafali dibakar hidup-hidup oleh suami sehingga melecur.

Image via imgur.com

Seorang isteri yang sedang sarat mengandung tujuh bulan, Rihana Shekh Dhafali telah dibakar hidup-hidup oleh suaminya selepas keluarga Rihana dikatakan gagal memberikan wang hantaran perkahwinan yang berupa sebuah motosikal dan seekor kerbau, baru-baru ini.

antarapos.com

Rihana yang tinggal di Miyapur, India kemudiannya telah dihantar ke hospital oleh ahli keluarga suaminya yang turut mendesaknya mengakui perbuatan membakar diri itu adalah hasil daripada kecuaiannya sendiri.

blogspot.com

Perbuatan Kejam Suaminya Telah Mengakibatkan Keguguran Pada Kandungan Yang Berusia 7 Bulan Itu

Disebabkan perbuatan kejam suaminya, Farid Sheikh, Rihana telah keguguran bayi yang dikandungnya selepas disimbah minyak tanah di badan.

antarapos.com

Bapa Rihana, Mohammad Samim Shekh Dhapali yang mengetahui mengenai insiden tersebut terus bergegas melawat anaknya di India dan kemudiannya membawa pulang Rihana ke Nepal, di mana anak perempuannya mengakui kebakaran itu dimulakan oleh suaminya.

blogspot.com

Dia Juga Mendakwa Kemaluannya Pernah Dicucuh Rokok Serta Sering Dihina Suaminya Hanya Kerana Gagal Menunaikan Hantaran Perkahwinan Berkenaan

Kemaluan Rihana pernah dicucuh rokok oleh suaminya.

Image via blogspot.com

Rihana turut mendakwa sebelum ini suaminya pernah membakar alat sulit Rihana dengan menggunakan rokok malah kerap-kali menghinanya gara-gara kegagalannya menyediakan barang hantaran tersebut.

blogspot.com

Mangsa menceritakan bagaimana suaminya “menderanya setiap hari kerana tidak memberikan mas kahwin. Suaminya turut mencucuh rokok pada kemaluannya.”

antarapos.com

Rihana Kini Berada Dalam Keadaan Kritikal Dan Sedang Dirawat Di Sebuah Hospital Di Kathmandu

Rihana kini sedang dirawat di Kathmandu untuk rawatan lanjut berhubung kecederaannya dan pihak polis Nepal juga sedang menyiasat insiden tersebut untuk tindakan lanjut.

antarapos.com

Wanita itu kini berada dalam keadaan kritikal dengan seluruh bahagian bawah badannya berbalut.

antarapos.com

Suami Serta Bapa Mentuanya Sempat Melarikan Diri Dari Pihak Polis. Siasatan Kini Sedang Dijalankan.

Artikel Berkaitan Lain Di SAYS:

You may be interested in: