Pelajar Diploma Yang Pinjam PTPTN & Sambung Peringkat Ijazah, Kini Bebas CCRIS & Blacklist
Berdasarkan kepada rekod PTPTN, lebih 47000 mahasiswa terkesan dengan perkara ini.
Minggu lalu, hangat di Twitter mengenai isu pelajar yang disenarai hitam dalam sistem Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebaik sahaja mereka menyambung ijazah selepas diploma
Isunya di sini, mengapa pelajar serta merta disenarai hitam oleh PTPTN selepas mereka menyambung belajar ke peringkat ijazah? Mereka belum bekerja dan tidak mempunyai dana untuk membayar hutang. Jadi kenapa perlu disenarai hitam?
Keadaan ini menyebabkan mereka yang menyambung ijazah tidak dapat membuat permohonan pinjaman pelajar dari PTPTN dan tidak dapat ke luar negara.
Lalu, beberapa orang aktivis mahasiswa telah membangkitkan isu ini dengan mengadakan satu sidang media kerana masalah ini melibatkan lebih 47,000 orang pelajar.
Isu itu juga sebelum ini pernah dibangkitkan oleh seorang aktivis mahasiswa, Abdul Hannaan melaui satu post di laman Facebook
Post itu telah dibuat pada 30 Jun lalu dan mendapat lebih 8 ribu shares dan rata-rata orang ramai bersetuju dengannya.
Nampaknya, pihak PTPTN telah memberikan respon yang positif mengenai tuntutan oleh pihak mahasiswa sebelum ini.
Seperti yang dimaklumkan oleh Exco Mahasiswa & Pendidikan Armada, Abdul Hannaan baru-baru ini, beliau telah menghubungi pihak PTPTN dan mengesahkan isu tersebut telah pun selesai.
Menurutnya, terdapat 5 perkara yang berkaitan isu tersebut telah diselesaikan iaitu:
2. Larangan keluar negara telah ditarik balik
3. Tunggakan telah menjadi 0
4. Penggabungan akaun diploma & degree telah dilakukan
5. Pembayaran balik hanya bermula 6 bulan selepas tamat pengajian.
Namun katanya, perkara ini hanya termaktub kepada pelajar diploma yang meminjam PTPTN dan kini melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah.
"Semoga dengan perubahan yang dilakukan ini mampu sedikit sebanyak membantu survival anak bangsa dalam dunia kerjaya.
"Berdasarkan kepada rekod PTPTN, lebih 47000 mahasiswa terkesan dengan perkara ini.
Terima kasih PTPTN kerana mendengar permasalahan yang dibawakan," tulisnya di Facebook.