"Jadi Single Mom Memang Stress & Penat, Tapi Berbaloi" - Janda 24 Tahun Kongsi Pengalaman
Ayu mempunyai seorang anak lelaki berusia 2 tahun.
Bercerai merupakan sesuatu yang ditakuti oleh setiap pasangan yang telah berkahwin tidak kira lelaki mahupun perempuan
Secara logiknya sudah pasti semua mengharapkan kebahagian dan keceriaan dalam sesebuah rumahtangga. Mana ada rumahtangga yang tidak ada ujian.
Namun begitu, tidak semua pasangan yang bernasib baik dalam mengharungi pasang surut rumahtangga yang mana diakhiri dengan perceraian.
Bila lebih banyak kesakitan dan kesedihan yang dialami seseorang itu berbanding kebahagiaan, tak salah kalau dilepaskan sahaja.
Harus diingat bahawa jodoh merupakan perkara yang tidak diduga kerana ia merupakan perancangan Allah SWT yang tidak diketahui oleh hambaNya.
Seorang pengguna Twitter @ayuazizz telah berkongsikan kisahnya sebagai seorang janda dalam bentuk bebenang
Ayu merupakan seorang ibu tunggal beranak satu pada usia yang sangat muda iaitu 24 tahun.
Ayu telah berkongsikan liku-liku kehidupannya sebagai seorang janda muda yang mana terpaksa berpisah dengan anaknya untuk mencari nafkah, difitnah oleh bekas suami dan macam-macam lagi.
Kisahnya telah mendapat lebih 9 ribu retweets kerana boleh dijadikan sumber inspirasi lebih-lebih lagi kepada ibu-ibu tunggal diluar sana.
Baca perkongsiannya di bawah:
Aku ada anak. He’s 2 years this year. Aku belanja gambar.
To be honest, it’s never been easy to be a single mom at a very young age.
Waktu awal-awal cerai, aku pun sorok muka juga. Malu. Takut. Apa nak cakap dengan semua orang? Kenapa aku cerai? Macam mana nak hidup?
Aku normal. Aku pun fikir semua tu.
Almost every night aku menangis sebab fikir macam mana nak hadap orang ramai. I shut myself from the world. Aku tak bagi aku dipersembahkan. Aku hilang beberapa ketika dalam dunia.
Hidup aku cuma dalam bilik....
Sampai satu hari, aku fikir.. Sampai bila nak malu? Sampai bila nak takut? Malu nak jadi janda, sanggup derita sampai bila bila?
So apa aku buat? Aku slowly war-war kan yang aku single mom.
Bermula dari kawan-kawan. Aku mula sosial (berkenalan ramai orang bukan pergi clubbing otak jangan macam otak udang).
One person to one person. Kenal orang baru.
Aku ada buat job make-up kan. So bila aku make-up, orang normally akan tanya, “Umur berapa?” Aku cakap lah. Nanti kalau ada budak kecil, aku sendiri akan encourage diri aku untuk cakap, “Eh macam anak saya lah.”
So orang akan alert. Eh anak? Awak dah kahwin?
"Ya. Saya dah cerai juga. Saya single mom. Takde jodoh."
My common answer. But, itulah success untuk aku. Sebab berjaya confident being a single mom.
Mostly, aku jumpa yang baik baik. Diorang takkan tanya any personal matter, cuma akan tanya sekarang kerja apa, macam mana jaga anak, anak dah umur berapa & so on.
It makes me comfortable.
Aku masuk kat tempat kerja baru, dengan duduk rumah bujang. Anak aku kat kampung mama baba jagakan sementara ni sebab life aku belum stabil.
Bila datang office for my first week, rata-rata memang ramai je ngurat aku. Ingatkan aku anak dara.
Awal awal aku memang biarkan je mereka dengan fikiran mereka. After a week, bila semua dah get along, aku sendiri buka mulut.
Aku cakap aku sebenarnya single mom. Anak aku ada kat kampung. I’m being proud of myself.
Aku keluarkan gambar anak aku, aku tunjuk kat diorang. So far alhamdulillah, maybe sebab aku positive, so aku dapat feedback positive.
Takde personal issue pun diorang sentuh. Common question pasal anak. Itu je.
Aku rasa, benda yang buat aku tak confident waktu awal tu ialah diri aku sendiri yang masih belum boleh terima aku kahwin dengan orang yang tak tepat dan aku putuskan untuk bercerai.
Even aku yang decide, tapi aku tetap terkial-kial juga nak adapt the situation.
So aku confront dengan aku sendiri mula memperkenalkan siapa aku.
Tak perlu takut. Tak ada siapa nak judge kau apa-apa. Paling-paling pun diorang kutuk belakang kau je. Tapi nak buat macam mana? Manusia ni sifatnya memang tak sempurna kan?
Untuk diri aku dengan anak aku, buat masa ni aku memang terpaksa berjauhan dengan dia. Dah 2 bulan. Rasa macam 2 tahun.
Sebulan pertama was the hardest for my baby. Aku punya rindu sampai tak sanggup tengok gambar dia sebab nanti nangis rindu.
Aku tak dapat nak jaga dia dulu buat masa ni since kewangan aku memang tak stabil. Job make-up aku baru nak mula semula kat Johor Bahru ni. Orang belum kenal aku. Dulu orang kenal dekat kampung je.
Kerja-kerja lain pun masih aku tersengkak nak support anak aku.
Lately ni paling teruk emosi aku. Rindu sangat dekat anak aku sampai demam. End up dia pun demam juga. Sama sama rindu. BF aku, family aku, BFF aku lah saksi aku menangis bila berpisah dengan anak aku.
Aku ni sifatnya kental. Aku taknak dan takkan nangis depan anak aku. Selama ni kalau nangis pun sendiri je bila rindu anak.
Tapi last time BF aku ikut aku balik kampung jumpa anak aku. Waktu nak balik, aku cuba tahan. Muka aku keras je, tapi jatuh juga airmata.
BF aku pun sayu je suara," Macam ni rupanya perjuangan single mom berpisah dengan anak demi kelangsungan hidup. Mak dia cuba nak jadi kuat tapi hati mak tetap mak."
Aku senyum tengok dia.
Dan still, ex aku kata aku taknak jaga anak.
Bila jadi single mom, memang aku hadap macam macam fitnah. Mulanya aku tak faham kenapa ex aku kata, “Kau ingat aku tak tahu apa kau buat?” Waktu sepanjang proses nak bercerai.
Aku fikir fikir apa benda aku buat sampai dia cakap macam tu?
Rupanya on the other side aku dapat sendiri cerita sampai kat telinga aku. GF dia (sekarang tunang) bagitahu kawan aku yang ex aku dapat tangkap aku kena tangkap basah dengan lelaki lain SEWAKTU AKU MASIH ISTERI DIA.
Tepuk dahi.
Fitnah apa pula ni.
Mula-mula aku ingatkan tunang dia cakap macam tu cuma untuk melagakan aku dengan ex aku makin teruk. Tapi setelah disiasat, tidak. Dengarnya, tunang dia dengar dari family ex aku sendiri siap ada bukti gambar katanya.
Dua kali tepuk dahi.
Aku jerit. Whatttttt???
Gila. Aku mana berani nak main sesuka hati selagi aku sebumbung dengan dia oi. Gila!
Aku diam. Aku masih anggap ni cerita bodoh bodoh aku dengar dari mulut ke mulut. Aku masih tak percaya ex aku fitnah aku macam tu.
Sampailah lawyer aku call aku.
"Ayu, sorry saya nak tanya sikit personally. Awak pernah kena tangkap basah dengan lelaki lain ketika awak bersama ‘dia’ ke?"
Waktu ni, baru aku rasa betul-betul hancur. Hati aku bersepai. Sampai hati kau.
Aku jawab, "Takde Puan. Puan boleh check record di pejabat agama. Saya yakin tiada." Jadi siasatan berlaku. Alhamdulillah. Tak ada.
Soalan tu terpacul sebabkan ex aku sendiri cakap dengan lawyer dia aku kena tangkap basah. Maybe dia berniat nak pinned aku supaya aku tak dapat ambil anak aku.
Itu jelah dari dulu. Nak ambil anak. Dulu aku pregnant tak sibuk pun kisah.
Dan macam macam lagi fitnah untuk aku, aku dengar lepas tu.
Family dia fitnah aku ada lelaki lain waktu aku tengah pregnant, fitnah aku berdating waktu aku kursus cikgu. Macam-macam.
Waktu single mom ni lah fitnah macam ni aku hadap.
Aku sabar je.
Orang datang kat aku, kata ex aku hisap batu. Aku tak percaya. Aku kata aku kenal ex aku. Dia tak macam tu. Orang kata ex aku layan barang, aku tetap tak percaya.
Dan aku masih tak percaya sampai sekarang. Siapa cakap je aku akan kata, “Jangan memandai fitnah."
Sebab aku taknak dia kena fitnah. Biar dia dicakap atas salah apa dia buat. Jangan atas apa yang dia tak buat.
Aku bukan sifat aku je betul. Taknak. Aku tak macam tu. Kalau aku salah, pun aku kata aku salah.
Berhadapan dengan orang baru untuk aku berkenalan. Aku beruntung BF aku ni dah tahu pasal aku single mom. So aku tak perlu try hard untuk bagitahu dia.
Awal-awal BF aku nak get along dengan anak aku susah sikit sebab anak aku takut orang waktu tu.
Tapi kitorang rajin keluar bertiga sama-sama. So kat situ BF aku pun usaha juga ambil hati anak aku. Sekarang? Anak aku panggil dia Ayah. BF aku dah sayang anak aku macam anak dia sendiri inshaAllah.
"Jom yang balik tengok ‘anak kita’." Rahmat betul.
Jadi single mom ni banyak kena jaga. Lagi-lagi mata orang. Orang akan anggap kau antara dua je, yang terhina atau yang dihina.
Kalau orang lukakan aku dengan cakap benda bukan-bukan, senang je aku cakap, "Semoga kau tak jadi janda macam aku dan semoga kau tak menjandakan isteri kau."
Aku takde masa nak melayan benda remeh-remeh orang update kutuk aku kat Facebook, update kutuk aku kat Instagram, kat Twitter. Aku tak follow toxic people like this.
Kalau ada orang sampaikan, aku akan kata BIARKAN MEREKA.
Berdolak dalih aku percaya dugaan aku dah lepas. Mereka yang mengata belum tahu lagi nasib mereka macam mana.
Ntah kahwin 3 bulan laki kahwin baru. Who knows??
Ntah kahwin 4 tahun takde anak laki bosan cari orang baru. Who knows?
Sebab kita semua kan ada ujian dan dugaan masing masing. Aku ada part aku, orang lain pun ada part dia.
Inilah tunjang utama kenapa aku boleh pejam mata bila orang kutuk & hina aku.
Aku tak rasa jadi single mom di usia 20an macam aku ni adalah satu benda yang hina.
Tak ada orang yang kahwin untuk cerai. Semua orang kahwin nak kekal sampai syurga. Tak ada orang kahwin untuk derita. Semua orang kahwin untuk bahagia.
Aku tak minta cerai muda. Aku tak minta takdir aku macam ni. Tapi aku fikir apa? Kenapa aku putuskan?
Sebab aku nak ada a better life. Aku taknak sangkut dalam marriage yang tak happy.
Tak ada apa yang salah pun jadi young single mom. Tak ada yang hina pun jadi young single mom.
Untuk mentally, siapa yang ada kawan nak lalui process penceraian, rapatlah dengan dia selalu. Ada dengan dia selalu.
Aku sendiri dah berapa kali fikir nak bunuh diri. Depression? Tipu lah kalau tak pernah.
Aku dah fikir nak bunuh dari satu hari tu. Lepastu aku teringat anak aku.
Mana boleh. Nanti bapak dia besarkan dia sorang je, anak aku jadi apa besar nanti? Ah. Mana boleh!
Jadi aku terus lupakan niat tu. Aku cuma nak kerja sungguh sungguh cari rezeki untuk anak aku. Aku nak anak aku masuk sekolah bagus bagus. Aku nak anak aku bangga ada bonda macam aku.
Aku nak anak aku berjaya depan mata aku dan sebabkan aku. Sebab doa aku sebagai bonda dia.
Life’s too short to give up. Anak aku layak have a better life than mine. Anak tu memang punca kekuatan. Kalau dia takde, aku memang dah 7 kaki dalam lah cerita dia.
Everyday sebelum tidur aku pasang niat yang esok aku nak berjaya. Untuk anak aku.
Slowly job make-up aku pun masuk masuk masuk kat JB ni.
Rezeki single mom ni besar. Jangan takut nak bergerak.
Aku husnudzon je sampai bila aku boleh bertahan kuatkan semangat. Aku pun manusia biasa kadang rapuh. Tapi jarang sekali nak nampak aku menangis.
BF aku pun susah nak tengok aku nangis bila aku sedih. Sebab bila aku sedih, aku marah dia.
Aku punya nak fade kan rasa sedih tu aku balas dengan marah orang. Nasib baik BF aku sangat penyabar sifatnya. Kena marah pun, “Takpe Nua, sabar.” gosok dada dia sendiri. Benda macam tu dari aku nak marah betul-betul jadi nak tergelak pun ada.
Aku marah cuma muka kerut kerut suara naik turun je. Aku tak maki-maki. Marah mengada.
So anyway, jangan takut nak confront kau tu single mom. 2018, ramai lelaki & parents yang minda dia dah terbuka luas untuk menerima orang macam kita.
AT LEAST, kita takde dara by guaranteed. AT LEAST.
Most of all, takyah lah layan orang condemn korang. Korang jaga je diri korang. Fight for your future.
Kalau ada anak, jaga dia baik-baik. Besarkan dia elok-elok. Kita tak payah jaga hal orang lain. Kita focus kat diri kita je.
Orang fitnah, kita senyum je. Doakan semua fitnah tu berbalik pada dia. Doakan diri kita berjaya dunia akhirat. Doakan diri kita dipermudahkan urusan.
Pedulikan orang lain. Diorang tak buat kita kaya. Diorang tak buat kita senang.
Jadi single mom memang stress, penat, letih.
Tapi berbaloi. Untuk diri kita dan anak kita.
Stay strong okay? Move forward. Okay sekian.