seismik

Lebih 6k 'Shares' Di Twitter, Lelaki Ini Kongsi Maksud Sebenar Lafaz Taklik Ketika Nikah

Jangan sesekali melafazkan sesuatu yang anda tidak tahu ertinya.

Cover image via sbxs

Mungkin ada segelintir masyarakat yang masih belum tahu apa itu lafaz Taklik ketika nikah. Lafaz taklik adalah lafaz (talak tergantung) yang dibaca dan dilafazkan oleh suami selepas akad nikah dijalankan.

Image via YouTube

Lafaz Taklik bermaksud seorang suami mengaitkan talak dengan sesuatu sifat atau syarat, sama ada mempunyai hubungan dengan isterinya, suami sendiri atau orang lain. Semua negeri mempunyai lafaz taklik, dan ia sudah menjadi suatu kemestian. Lafaz taklik ini akan dicatatkan sekali dalam Sijil Perakuan Nikah pasangan yang sudah berkahwin.

Namun zaman sekarang ini, mungkin ramai yang tidak begitu faham apa itu maksud sebenar lafaz Taklik ini. Ianya merupakan perjanjian yang harus ditepati, bukan sekadar melafazkan.

Seorang lelaki di laman Twitter iaitu Zulkhairi telah menyuarakan pendapatnya mengenai kepentingan lafaz Taklik ini. Jika anda tidak bersedia untuk berkahwin dan menganggap bahawa lafaz ini sekadar untuk mencukupi syarat, anda salah.

Baca perkongsian penuh beliau di bawah:

Lafaz Taklik membawa maksud yang besar, jangan hanya kerana anda terlalu gembira untuk berkahwin, anda lupa dengan apa yang dijanjikan dalam lafaz itu

Sentiasa ingat segala bentuk perjanjian yang telah dibacakan selepas akad nikah. Tidak kira dari segi makan, pakai, tempat tinggal dan sebagainya. Yang dijanjikan, harus ditunaikan.

Anda seharusnya bersedia dari segi mental dan fizikal untuk memberi nafkah yang secukupnya kepada keluarga seperti yang dilafazkan

Pernah terjadi di depan mata apabila terpaksa melihat seorang wanita bergelar ibu dan isteri yang terseksa selepas perkahwinan. Suami perlu berusaha lebih untuk mencari punca rezeki.

Suami tidak seharusnya kedekut dan berkira ketika memberikan duit kepada isteri dan keluarga. Sentiasa percaya rezeki akan ada di mana-mana. Namun, tanggungjawab tidak boleh dilupakan.

Jika masih belum cukup ilmu mengenai alam perkahwinan, timba sebanyak yang mungkin

Kesimpulannya, kaum Adam di luar sana, jangan ambil ringan tentang lafaz Taklik yang anda sendiri lafazkan. Janji harus ditepati ya. :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Tips yang sesuai untuk pasangan yang telah berkahwin:

InsyaAllah :)

Kalau nak pergi honeymoon pun kena hati-hati ya! Jangan jadi mangsa.

You may be interested in: