'Honeymoon Gone Wrong' - Pasangan Ini Jadi Mangsa Penyeluk Saku Di Greece
Pastikan semua dokumen anda berada dalam keadaan yang selamat!
Beberapa lokasi di ibu kota negara yang maju kebiasaannya menjadi sasaran penyeluk saku. Kejadian seperti ini selalu berlaku di kawasan tumpuan pelancong.
Disebabkan kes seperti ini sering berlaku kepada pelancong dari negara luar. Sebab itu anda perlu mengambil langkah berjaga-jaga sebelum keluar berjalan di negara jiran. Banyak perkara yang perlu dititikberatkan, antaranya:
- Sentiasa peka dengan keadaan sekeliling
- Bawa apa yang perlu sahaja
- Double check apa barang yang anda bawa
- Catat nombor pihak berkuasa
Untuk mengelakkan perkara tak diingini berlaku, haruslah anda ikuti 4 perkara di atas.
Seperti perkongsian seorang wanita iaitu Ungku S melalui laman Twitter menceritakan pengalaman pahit apabila beliau dan suami menjadi mangsa penyeluk saku yang menjadikan bulan madu mereka satu mimpi ngeri
Wanita ini dikatakan berada di Greece iaitu sebuah negara yang terletak di bahagian selatan timur Eropah. Lokasi itu menjadi pilihan untuk berbulan madu bersama suaminya. Namun, suatu perkara yang tidak diingini telah menimpa pasangan ini.
Agenda untuk hari pertama sudah tersedia. Namun, ketika mereka berada di luar kawasan hotel, terdapat individu yang sedang memerhatikan mereka.
Individu itu merupakan seorang penyeluk saku! Tanpa mereka sedari, pouch milik suaminya telah hilang.
Mereka berdua terpaksa jalan kaki sejauh 10 blok untuk meminta bantuan polis yang berdekatan, tetapi disuruh datang esok
Keesokan harinya, mereka masih lagi menyelesaikan masalah yang sama demi mendapatkan dokumen sementara yang membolehkan mereka berada di negara itu dengan selamat
Selesai satu masalah, ada pula masalah lain timbul. Mereka berhadapan dengan seorang lagi individu berkelakuan pelik!
Akhirnya, mereka berdua berjaya melepasi prosedur untuk naik feri ke Santorini walaupun masih trauma dengan apa yang berlaku
Masih belum ada apa-apa berita daripada pihak kedutaan, pasangan ini jadi lebih khuatir kerana takut tidak lepas untuk pulang ke Malaysia dari Greece
Ketika di airport, mereka berdua terpaksa beli tiket dari Singapura ke KLIA kerana khuatir pihak syarikat penerbangan tidak mengizinkan mereka melalui Woodlands untuk balik ke Malaysia
Bila tiba di Singapura, bagasi pula tak lepas dan masih berada di Istanbul, tempat mereka transit sementara menunggu penerbangan ke Singapura.
Setelah melalui pelbagai jenis prosedur, akhirnya pasangan ini dapat pulang ke Malaysia melalui Woodlands dengan selamat!
Pengajaran yang perlu diambil adalah sentiasa simpan dokumen peribadi anda di tempat yang selamat! Hati-hati dengan penyeluk saku ya.